Tuesday, 8 January 2013

SEBAB MENGAPA KHALID GAGAP LAYAK DIBUANG DARI KERUSI MB DAN JUGA KENAPA PAKATAN HARAM TAK LAYAK MEMERINTAH !!!



Apabila lebih setengah juta rakyat di Selangor menghadapi krisis air, Menteri Besar Khalid Ibrahim menyalahkan Syabas dan kerajaan persekutuan. 

Apabila prestasi kewangan Universiti Selangor merudum dan jumlah pengambilan pelajar berkurangan, kerajaan negeri Barisan Nasional terdahulu dipersalahkan.

Apabila cukai pintu di beberapa kawasan dinaikkan dengan mendadak, kerajaan Selangor menuding jari kepada agensi persekutuan iaitu Jabatan Penilaian Harta. 

Apabila Majlis Perbandaran Sepang bertindak merobohkan sebuah tempat pemujaan di rumah seorang penganut Hindu, kerajaan negeri berkata tindakan itu berasaskan undang-undang yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional.

Boleh di katakan semua penipuan, masalah dan kegagalan mereka adalah salah Barisan Nasional. 

Ini lah jenis politik mereka yang tidak mahu bertanggungjawab dan cuba menyorok kelemahan mereka dengan mengunakan strategi menuding jari kerana terdesak untuk memastikan sokongan rakyat Negeri Selangor.

Dari : Bro Jay Nazz

Psssttt... Rakyat negeri Selangor pun tak bodoh... Sakit badan oiii angkut air...!!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??