Dalam kajian yang dibuat oleh Deutsch Bank Market Research, Kuala Lumpur merupakan antara bandaraya termurah untuk di lawati di dunia dan didami.
Kajian yang bertajuk “Mapping the World’s Prices: KL” Kuala Lumpur menjadi destinasi utama pelancong dari pelosok dunia untuk dilawati kerana taraf hidup yang lebih rendah berbanding ibu kota negara-negara lain di Asia, mahupun Eropah, termasuk juga Singapura, London, Moscow, New York, Beijing, New Delhi, dan juga Paris.
Kajian yang dijalankan oleh Sanjeev Sanyal itu mendapati subsidi kerajaan berjaya menjadikan bandaraya itu kekal sebagai kawasan yang sesuai untuk didiami termasuk subsidi bahan api seperti petrol.
Malah, kajian itu juga turut menjelaskan Malaysia adalah antara lokasi di mana pembeli telefon seperti pengguna produk Apple membayar harga iPhone kedua terendah selepas Amerika Syarikat.
Malahan jika dibandingkan dengan negara-negara luar berkenaan, kadar penginapan di hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur juga amat rendah.
Semua itu adalah berkat usaha dan kesungguhan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana berjaya memacu ekonomi dan taraf hidup rakyat yang lebih baik.
Apabila Kuala Lumpur menjadi lokasi pilihan rakyat luar negara untuk menetap dan menjadikan rumah kedua mereka, ia bakal manyaksikan pertukaran wang asing yang besar sekaligus memberikan kesan positif terhaadap industri hiliran di negara ini.
Berbeza dengan pembangkang yang hanya kerap menganjurkan demonstrasi jalanan dan huru-hara, yang mana akan menyebabkan ekonomi negara merundum, kerajaan BN beruasaha keras memastikan imej negara membangun yang menuju negara maju menjelang 2020 akan tercapai.
Bukan mudah untuk kerajaan membersihkan imej yang dicalarkan Pakatan Rakyat dalam tiga siri demonstrasi Bersih, namun alhamdulillah... berkat kepimpinan Najib, Malaysia berjaya membangun dan ekonomi negara tetap berkembang walaupun ekonomi global mengalami kelembapan.
Hal itu dibuktikan dengan pujian daripada Dana Matawang Antarabangsa (IMF) yang mengakui pembangunan ekonomi Malaysia "melepasi jangkauan."
Ternyata Program Transformasi Kerajaan seperti Program Transformasi Ekonomi, Progran Transformasi Politik dilihat berjaya kerana tanpa kestabilan politik dan kekuatan BN, mustahil ekonomi negara akan berkembang pesat.
Kemajuan sisopolitik dan ekonomi rakyat Malaysia dan negara ini di bawah pentadbiran BN ternyata menjadi pilihan untuk warga asing singgah dan berbelanja di Malaysia.
No comments:
Post a Comment