Saturday 6 April 2013

NANTIKAN LIVE UPDATE PEMBENTANGAN MANIFESTO BN !!! #JanjiDitepati #PRU13 #GE13


Dengan pengumuman pembubaran Parlimen oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak pada 3hb April lalu, kita bakal menghadapi pilihan raya tidak lama lagi. 


Pilihan raya adalah hak dan peluang bagi kita untuk menentukan pucuk pimpinan yang akan mengemudi hala tuju negara kita ke arah kesejahteraan dan kemakmuran yang berpanjangan.

Malam ini, Sabtu 6 April 2013, Perdana Menteri akan melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi PRU-13 bermula jam 8.30 malam. 

Manifesto ini adalah satu janji BN kepada rakyat Malaysia, sekiranya diberikan mandat untuk sekali lagi mentadbir negara bagi tempoh yang akan datang.

Majlis Pelancaran Manifesto BN tersebut akan diadakan pada pukul 8.30 malam di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan disiarkan secara langsung di saluran TV1, TV3 serta Astro Awani.

Untuk perkembangan lanjut mengenai pelancaran manifesto tersebut, ikuti kami secara live update dan komentar-komentar untuk pembentangan manifesto berkenaan.

Sebagai alternatif selain blog I4TT, boleh ikuti di twitter; @Catwomenz atau page blog FB; facebook.com/pages/Info-4-The-Truth.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??