Wednesday, 3 April 2013

JOHOR BAKAL BUBAR DUN PETANG NI - KELANTAN SUDAH BUBAR SEBELUM PERKENAN SULTAN ?!!

nik ajiz

Kerajaan PAS Kelantan mengikut jejak langkah kerajaan pusat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.


Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat pengumuman tersebut selepas Mesyuarat Exco kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi.

Beliau bagaimanapun menjelaskan masa untuk mengadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan ditentukan selepas mesyuarat lajnah politik Pas Kelantan petang ini. 


JB11_130208_MB-MEDIA

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dijangka akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar petang ini untuk mendapatkan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawel berkata, sebelum menghadap Sultan Ibrahim, Menteri Besar akan mempengerusikan mesyuarat khas Exco di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di Nusajaya.

“Pada kelazimannya, sebelum menghadap Tuanku, Menteri Besar bersama 10 ahli Exco akan mengadakan mesyuarat khas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang mengesahkan mesyuarat khas tersebut akan diadakan petang ini.

“Saya telah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat khas tersebut dan kini dalam perjalanan menuju ke Nusajaya,” katanya.

- UTUSAN -


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??