Jangkaan itu diperkuatkan susulan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijadualkan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang kira-kira pukul 1.30 petang ini.
Pertemuan itu dijangka ada kaitan dengan pembubaran DUN negeri.
Dalam masa yang sama, Abdul Khalid menerusi twitternya hari ini turut menyatakan akan mengadakan pertemuan dengan baginda secepat mungkin bagi membincangkan status DUN negeri itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memubarkan Parlimen hari ini.
“Alhamdulillah, Parlimen akhirnya dibubarkan. Saya akan mengadap DYMM Tuanku Sultan secepat mungkin utk bincangkan status Dewan Negeri Sgor,” katanya menerusi laman sosial itu.
Menurut sumber, pembubaran DUN Selangor difahamkan akan diumumkan secara rasmi esok.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat untuk mendapat perkenan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
Ahmad bagaimanapun berkata, belum ada tarikh tertentu berhubung pertemuan tersebut memandangkan Sultan Mizan sedang berada di luar negara dan dijangka kembali ke tanah air malam ini.
“Saya akan dapatkan tarikh yang bersesuaian untuk menghadap tuanku yang dijangka pulang malam ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
- UTUSAN -
No comments:
Post a Comment