Monday 1 April 2013

LELAKI INI DICARI @PDRMsia !!! TAHU SIAPA DALANG PENCEROBOHAN #LahadDatu !!!


Polis hari ini telah mengeluarkan sekeping gambar seorang lelaki yang merupakan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan berpangkalan di Pulau Pinang iaitu bernama Muhammad Ridzwan Sulaiman. 


Sumber brader menyatakan gelaran Dato Seri yang diperolehi oleh YDP ini datangnya daripada Kesultanan Sulu. 

YDP diperlukan untuk membantu siasatan berhubung krisis di Lahad Datu.

Sumber brader menyatakan terdapat 3 kumpulan yang menuntut kedudukan pengitirafan sebagai Sultan Sulu. 

YDP ini sangat rapat dengan salah seorang daripada mereka yang menuntut jawatan ini.



Walaubagaimana pun difahamkan YDP Muhammad Ridzwan tidak bersama dengan kumpulan Kiram yang telah mencentuskan pergolakan di Lahad Datu. 

Tetapi menyatakan beliau mengetahui penglibatan siapa DALANG yang terlibat di sebalik kejadian serangan di Lahad Datu. 

YDP Muhammad Ridzwan sangat kerap ke Sulu berjumpa dengan kumpulan di sana. 

Kemungkinan kerana itu polis memerlukan bantuan YDP untuk menjalankan siasatan.

Majlis Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan memohon tidak dikaitkan penglibatan Pertubuhan ini dengan YDP Muhammad Ridzwan kerana ia merupakan hal peribadi YDP. 

Dan pihak Majlis akan mengambil tindakan susulan selepas keputusan siasatan oleh pihak PDRM SEKIRANYA YDP terlibat dengan krisis di Lahad Datu. 

Jika terbukti YDP terlibat, Pertubuhan akan mengadakan AGM dan Sidang Akhbar untuk menjelaskan isu ini.



Menurut sumber brader juga, YDP Muhammad Ridzwan ini akan bertanding di Seberang Prai dalam PRU-13 atas tiket bebas. 

Sejauh mana kebenaran kita nanti perkembangan seterusnya.

Diharapkan tiada khabar angin yang tidak benar di mainkan. 

Beri peluang kepada Pihak Berkuasa menjalankan Siasatan. 

Brader di maklumkan, YDP Muhammad Ridzwan akan pergi ke balai polis Dang Wangi bersama Peguam untuk membantu siasatan Pihak Berkuasa pada jam 10 pagi (hari ini). 

Barisan Wartawan boleh menanti di sana untuk mendapatkan berita lanjut.

[ SUMBER ]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??