Tuesday 9 April 2013

PENGHULU PAS KENA BELASAH ROGOL JANDA !!! PAS DAN GILA SEKS TAK DAPAT DIPISAHKAN !!! #PRU13



Gara-gara gila seks, seorang Penghulu Pas di sebuah mukim Jelawat di sini menerima padah apabila dibelasah teruk oleh penduduk kampung ketika cuba merogol seorang wanita berstatus janda di kawasan semak di kampung berkenaan minggu lalu.



Akibat daripada itu penghulu terbabit mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badannya.


Menurut penduduk kampung yang dikenali Mohamad Sidek, sikap liar penghulu berkenaan terhadap mangsa itu sememangnya telah lama mendapat perhatian penduduk kampung dan menunggu masa untuk bertindak.

Katanya, kerakusan itu berlaku selepas penghulu berkenaan dikatakan mengekori mangsa semasa menunggang motosikal secara bersendirian di sebuah jalan di kawasan kampung berkenaan.

“Ketika kejadian mangsa seorang diri menunggang motosikal. Penghulu terbabit mengekorinya sehingga ke kawasan laluan hutan kecil. Disitulah penghulu berkenaan cuba melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa.

“Mangsa bernasib baik kerana ada saudara maranya terlihat kejadian itu dan mengekori kereta yang dipandu penghulu terbabit,” katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di sini.

Mohamad Sidek berkata, keluarga mangsa hilang sabar dengan perangai syaitan penghulu itu lalu membelasahnya sebelum dileraikan oleh penduduk kampung.

Ceritera gila seks di kalangan pemimpin Pas seakan telah menjadi satu fenomena berikutan banyak berita-berita mengenainya mendapat liputan seluruh media massa.

Sebelum ini, portal ini pernah menyiarkan kisah seorang wakil rakyat dari kawasan Parlimen Bachok yang sudah lanjut usianya tetapi masih ‘miang’ bercinta dengan seorang guru.

Ekoran daripada itu menyebabkan rumah tangga guru terbabit musnah selepas dikesan suaminya. - detikperubahan


1 comment:

  1. KEBOLEHPERCAYAAN... Seandainya Pakatan Pembangkang... Menang Dengan MAJORITI TIPIS... 112...!!! Daripada 222 KERUSI PARLIMEN...!!!
    ADAKAH... Pakatan Pembangkang... AKAN PATRIOTIK DAN MEMERINTAH DENGAN MAJORITI TIPIS TERSEBUT...???
    ADAKAH PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH DIPERCAYAI... TIDAK AKAN MEMBENTANG KARPET MERAH MENGALU ALUKAN KEMASUKKAN SEMULA JIRAN DISEBERANG TAMBAK YANG MENGUASAI 81 DRPD 87 KERUSI...!!!
    JIKA DICAMPUR... KERUSI PARLIMEN MALAYSIA 222 + SEBERANG TAMBAK 87 = 309 KERUSI KESELURUHAN...
    JIKA PAKATAN PEMBANGKANG DGN 112 + 81 = 193 / 309...!!!
    DAN ITU ADALAH MAJORITI YANG KUAT DAN GAGAH... UTK MENEBUK NEBUK MENGUBAH PERLEMBAGAAN NEGARA...???!!! BOLEHKAH DIBERIKAN KEBOLEHPERCAYAAN KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG MEMEGANG STRUKTUR SISTEM KENEGARAAN INI...!!!
    DEMOKRASI ADALAH PERTANDINGAN KEPADA ANGKA...!!! SIAPA BANYAK... DIALAH YG MENANG...!!! TIADA ISTILAH NAIB JUARA...!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??