Saturday 6 April 2013

PENYOKONG PAS JATUH PARIT MASA CERAMAH MAT SABU !!! PETUNJUK ALLAH DAH BAGI TU !!! #PRU13



Err... Boleh gelak ke tak ni ?!!

Aku nak gelak tapi kesian pun ada weh...


Gara-gara sikap parti-parti pembangkang yang gemar mengadakan ceramah di tempat sempit dan gelap, akibatnya para penyokong mereka menanggung azab.

Dalam satu majlis ceramah Pas di di Bandar Baru Uda di sini malam tadi, seorang pengunjung yang juga penyokong parti itu terjatuh parit ketika menyeberanginya dalam keadaan gelap.

Orang ramai terpaksa membantu lelaki berusia 50-an itu yang dipercayai tergelecek ke dalam parit berkenaan kerana keadaan tanah yang licin dan berlumpur selepas hujan pada petang semalam.

Kejadian tersebut berlaku ketika Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedang berucap di atas pentas. 

Turut berceramah sebelumnya ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub.

Ekoran kejadian itu, pengacara majlis, Onn Jaafar, yang juga Ahli Badan Perhubungan Pas Johor terpaksa membuat pengumuman agar pengunjung yang hadir hati-hati melangkah bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan kecederaan. - UTUSAN


4 comments:

  1. ALLAH SWT bg pengajaran kt pakcik tu....apa2 pown.....aku nk gelak kt pakcik tu....hahahaha......

    ReplyDelete
  2. Orang-orang UMNO jangan gelak.
    Kita ajak mereka kembali ke Pangkal Jalan.
    Mereka telah diselewengkan oleh puak-puak yang gila kuasa.

    ReplyDelete
  3. Ini salah umno..

    ReplyDelete
  4. Tuhan bayar cash kat situ jugak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??