Wednesday 3 April 2013

UTARA: PERLIS SUDAH BUBAR - KEDAH DAN PENANG BUBAR DUN ESOK !!!

isa sabu

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis selepas mendapat perkenan daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.


Pengumuman tersebut dibuat selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perlis yang turut dihadiri Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Hamid.

Menurut Md. Isa, Perlis mengambil langkah membubarkan DUN sebagai mengikut langkah pembubaran Parlimen yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memboleh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan serentak.

“Saya memaklumkan kepada baginda (Raja Perlis) mengenai hasrat pembubaran DUN melalui telefon kira-kira pukul 12.50 tengah hari kerana baginda berada di Kuala Lumpur ketika ini dan Tuanku telah memberi perkenan,” kata beliau dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di sini hari ini. – UTUSAN


guan eng

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dijangka dibubar esok bagi membolehkan pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri ke-13 berlangsung serentak dengan pilihan raya Parlimen.

Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa beliau akan memaklumkan mengenai tarikh pembubaran DUN selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pukul 9.30 pagi esok.

Pulau Pinang mempunyai 40 kawasan DUN – 19 kawasan di bahagian pulau manakala 21 kawasan lagi di tanah besar iaitu Seberang Perai.

Pada pilihan raya umum 2008, pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri apabila DAP memenangi 19 kerusi DUN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi sembilan kerusi dan PAS memenangi satu kerusi iaitu di Permatang Pasir.

Barisan Nasional (BN) pula hanya memenangi 11 kerusi dan kesemuanya diwakili oleh Umno.

Bagi kawasan Parlimen pula, Pulau Pinang mempunyai 13 kawasan iaitu tujuh di Seberang Perai dan enam kawasan di bahagian pulau. Pada pilihan raya umum lepas, DAP memenangi tujuh daripada kerusi Parlimen manakala PKR memenangi empat.

Bagaimanapun, dua daripada Anggota Parlimen PKR iaitu Datuk Seri Zahrin Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) kemudiannya meninggalkan parti berkenaan dan mengisyhtiharkan sebagai wakil rakyat Bebas.

BN hanya memenangi dua kawasan Parlimen iaitu Kepala Batas yang diwakili oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad adawi dan Tasek Gelugor yang diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada ilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)diadakan. – Bernama


azizan

Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada esok berhubung urusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Selepas itu barulah beliau akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di sini bagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN.

“Esok lah nak pergi (Istana Negara). Bagi negeri ini kita kena maklum (Sultan Kedah) dulu.

“Kita tengok tarikh Tuanku dulu, tertakluk kepada Istana Negara… balik (dari Istana Negara) baru maklum kepada pemangku jemaah untuk beri perkenan untuk bubar.

“Bagaimanapun kita tidak ada pilihan (kena bubar), masa dah sampai, kita pun dah tunggu lama dah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun tarikh pembubaran DUN negeri ini berbeza dengan Dewan Rakyat, ia tidak bermakna tarikh pilihan raya umum akan berbeza.

Pembubaran DUN adalah bagi membolehkan pilihan raya diadakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Mengikut Perkara 53(3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah, Dewan Undangan Negeri melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh mesyuarat pertama dan hendaklah termasuk di hujung tempoh.

Mandat kerajaan negeri semasa akan berakhir pada 5 Mei 2013.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Isa Ismail berkata beliauperlu menunggu watikah pembubaran DUN selepas Menteri Besar menghadap Sultan untuk mendapat perkenan baginda sebelum boleh memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Kedah.

Katanya dalam keadaan sekarang negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang wajar membubarkan DUN masing-masing serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 berlangsung serentak.

Beliau berkata sepatutnya tidak timbul persoalan ketua-ketua kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang membubarkan DUN pada tarikh berbeza.

“Masa akhir DUN negeri-negeri perlu dibubarkan tidak banyak beza.

“Saya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri mengenai pembubaran itu hari ini,” katanya kepada Bernama semasa dihubungi.

Pada PRU-12, pakatan pembangkang menguasai 21 kerusi iaitu PAS sebanyak 16 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (4) dan DAP (1) manakala BN mendapat 14 kerusi dengan Umno (12), MCA (1) dan Gerakan (1).

Satu lagi kerusi iaitu Bukit Selambau dimenangi calon Bebas V. Arumugam, yang kemudiannya menyertai PKR. Arumugam kemudian meletakkan jawatan dan Pilihan Raya Kecil bagi DUN itu dimenangi S. Manikumar daripada PKR.

Bagaimanapun, dua Adun PKR iaitu Tan Wei Su (Bakar Arang) dan Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) keluar daripada parti itu untuk menjadi Adun Bebas. – SINAR




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??