Tuesday 2 April 2013

WAH !!! TUNKU AZIZ "SOUND" BAPAK 13 MEI !!!



Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang masih 'enggan' berundur dianggap sebagai usaha untuk memastikan keluarganya terus mendominasi politik parti itu.


Menyifatkan Kit Siang umpama 'tamak kuasa', bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, pemimpin DAP itu juga seolah-olah 'cakap tak serupa bikin' kerana seringkali pula mengkritik pemimpin UMNO dan Barisan Nasional supaya bersara apabila usia telah meningkat.

Namun, kata beliau, yang peliknya Kit Siang sendiri sehingga hari ini masih bercita-cita besar untuk mengetuai DAP, sekali gus pakatan pembangkang mengharungi cabaran politik tanah air.

"Saya masih ingat lagi bagaimana beliau sering mendesak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu untuk berundur kerana sudah terlalu lama dalam politik.

"Dan mereka berdua sudah lama berundur, bagaimana pula dengan dirinya? Sehingga hari ini dia masih lagi memegang jawatan tertinggi parti dan mahu bertanding kerusi Parlimen. Siapa lagi 'gila kuasa' kalau bukan diri Kit Siang?

"Tidak cukup dengan itu, beliau juga memastikan anaknya, Lim Guan Eng dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selain jawatan terpenting dalam parti. Cukup-cukuplah Kit Siang. Saya minta beliau segera berundur dan beri peluang kepada yang lebih 'layak'," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN


1 comment:

  1. bagi puak2 pr ni kalau mereka kroni dalam parti tak apa tapi kalau umno tak boleh...

    PR..kahakkkkkk pthuiiiii...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??