Saturday, 7 April 2012

FELDA TAK AKAN TUNDUK KEPADA PENEROKA PENGKHIANAT !!!


Felda tidak akan tunduk dengan desakan segelintir peneroka yang menerima hasutan pembangkang supaya agensi kerajaan itu menarik balik penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) Jun ini.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata sekarang bukan lagi masa untuk Felda mendengar desakan atau ugutan daripada mereka yang terbabit dan usaha penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia itu tetap dilaksanakan.

"Oleh itu, saya ingatkan peneroka di Rancangan Tanah Felda seluruh negara supaya hentikan membuat sebarang spekulasi berhubung penyenaraian FGVH kerana usaha Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak adalah untuk masa depan mereka.

"Perdana Menteri amat komited dengan usaha berkenaan yang mampu membawa perubahan baru dalam Felda," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Perasu, dekat sini, hari ini.

Mohd Isa turut hairan dengan sikap segelintir peneroka yang mudah mendengar hasutan pembangkang hingga sanggup membawa isu berkenaan ke mahkamah.

Beliau juga mengulangi bahawa usaha tersebut adalah untuk masa depan peneroka sendiri.

"Kita tidak boleh berada di tahap yang sama dalam kemajuan Felda...sebab itu kita hendak menyenaraikan FGVH ke Bursa Malaysia untuk memberi keuntungan berlipat ganda kepada peneroka dan memberi jaminan untuk masa depan," katanya.

Beliau turut menegaskan usaha berkenaan tidak sedikit pun membabitkan tanah yang diusahakan peneroka.

Pada masa yang sama Mohd Isa juga mengingatkan peneroka agar tidak mudah tertipu dengan pengisian borang saham berwarna merah jambu sebelum penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia pada Jun ini.

Peneroka akan berdepan kerugian jika tidak berwaspada dengan perkara itu kerana orang luar mungkin akan mengambil kesempatan yang kononnya bersedia membantu bagi tujuan mengisi borang dan sebagainya, kata Mohd Isa.

"Kita akan agihkan borang saham berwarna merak jambu (PinkForm) itu dalam masa terdekat ini melalui pejabat di rancangan tanah Felda masing-masing dan pihak pengurusan akan menentukan kelayakan peneroka memiliki saham FGVH," katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Sihat Felda di Dewan Orang Ramai Rancangan Tanah Felda Chiku 1 dekat sini, Mohd Isa berkata Felda sedang mengatur pelbagai rancangan untuk membina penghidupan baru kepada lebih 100,000 generasi kedua felda di seluruh negara, khususnya membabitkan pembinaan rumah.

Beliau berkata pihaknya sudah mengarahkan setiap Pejabat Felda menyediakan tapak bagi membina rumah yang mana untuk peringkat pertama antara 400 hingga 450 unit akan dibina. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??