Saturday, 7 April 2012

HIDUP DAN MATI PAKATAN HARAM DI SELANGOR DIBAYANGI UMNO !!! HEBAT UMNO NI !!!


Nampaknya dari sehari ke sehari, masalah sampah di seluruh Selangor sedang berhadapan dengan situasi yang amat kritikal. Kontraktor-kontraktor yang baru dilantik oleh setiap PBT di seluruh Selangor, nampaknya telah gagal menjalankan tugas yang diamanahkan secara berkesan.

Bertentangan dengan pendapat Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Khalid Ibrahim, pemecatan dan penyingkiran Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB) akan menambahbaikkan perkhidmatan pembersihan dan sisa pepejal di seluruh Selangor.

AFSB dikatakan telah gagal melaksanakan tugas tersebut dengan lebih cemerlang. Bukan itu sahaja, dikatakan juga bahawa kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh AFSB adalah kroni-kroni UMNO walaupun sebahagian daripada mereka merupakan penyokong dan ahli PKR serta PAS.

Selepas penyingkiran AFSB, Khalid Ibrahim berlakon konon-kononnya para kontraktor pembersihan dan sisa pepejal dipilih menerusi tender terbuka, walaupun hakikatnya kesemua mereka adalah kroni Ahli Majlis PBT, ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sepertimana yang berlaku di Ampang.


Kini, selepas dua bulan, masalah sampah di seluruh Selangor berada pada tahap kritikal. Bukan peningkatan standard perkhidmatan pembersihan yang diberikan, sebaliknya seluruh Selangor seolah-olah telah bertukar menjadi sebuah negeri sampah-sarap.

Atau dengan kata lain, Selangor seolah-olah tidak mempunyai sebarang badan berkuasa yang menguruskan sampah dan sisa pepejal.

Perlu diingat bahawa pembersihan dan sisa pepejal menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat. PBT dan Kerajaan Negeri Selangor menerima peruntukan melebihi RM500 juta setiap tahun.

Jumlah tersebut cukup banyak dan peluang Pakatan Rakyat untuk menukar peruntukan tersebut sebagai dana pilihanraya dan aktiviti Pakatan Rakyat di Selangor sangat besar.

Dengan penyingkiran AFSB, Kerajaan Selangor di bawah Khalid Ibrahim telah berjaya mencuri dan menyalahgunakan peruntukan berkenaan. Sama seperti peruntukan untuk penyelenggaraan dan pembaikian jalanraya, Kerajaan Negeri Selangor menjadikan peruntukan sampah dan sisa pepejal sebagai SURPLUS untuk mereka bangga-banggakan.

Hasilnya seperti yang dapat dilihat sekarang. Sampah tidak terurus dan rakyat Selangor semakin meluat dengan kebongkakan Kerajaan Negeri Selangor yang bukan sahaja enggan menangani masalah sampah dengan lebih berkesan sebaliknya menyalahkan pihak UMNO, kononnya UMNO yang menghalang lori-lori sampah daripada masuk dan memungut sampah di kawasan-kawasan tertentu.

Kesalahan yang dilakukan adalah pihak Kerajaan Negeri yang membuat keputusan bahawa peruntukan sampah serta pembersihan sisa pepejal mesti masuk ke kantung parti-parti Pakatan Rakyat, tetapi mereka dengan pantas dan tanpa segan silu menuding ke arah UMNO.

Adakah kuasa UMNO terlalu besar di Selangor, sehinggakan UMNO boleh dan mampu menghalang lori-lori sampah milik taikun PKR daripada menjalankan tugas?

Kalaulah kuasa UMNO terlalu besar, mengapa pula UMNO tidak berjaya menghalang Kerajaan Negeri Selangor daripada melucutkan AFSB daripada tanggungjawab membersihkan sampah di seluruh Selangor?

Cerita kononnya beberapa PBT mengambil inisiatif ‘mengerahkan’ Ahli Majlis agar turun membersihkan jalan, hanyalah satu usaha retorik semata-mata.

Cerita sebenar tentang Ahli-Ahli Majlis yang mengaut keuntungan besar hasil kontrak sampah dan pembersihan, tidak pula disebut dan cuba dilindungkan daripada didedahkan.

Maka tidak hairanlah pada 2 Januari lalu, Pengurus Besar Hebat Abadi, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Ramli Mohd Tahir membuat laporan polis kononnya pihak UMNO telah mengugut dan membuat sekatan terhadap kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Konon-kononnya UMNO bimbang sekiranya kejayaan Kerajaan Negeri Selangor menguruskan sampah di negeri ini selepas AFSB disingkirkan, maka UMNO tidak akan berpeluang merampas semula Selangor dari tangan Pakatan Rakyat.

Laporan polis tersebut menyusul selepas media melaporkan tentang sampah-sampah yang terbiar selama lebih 2 bulan tidak diangkut terutama di Seksyen 7, Shah Alam. Masa yang diambil terlalu lama untuk memikirkan alasan berkenaan oleh pihak terbabit.

Malangnya, masalah sampah tidak hanya berlaku di Seksyen 7, Shah Alam, sebaliknya di seluruh Selangor.

Di Ampang, masalah sampah membelenggu penduduk di Pandan Indah, Pandan Mewah, Tasik Tambahan, Tasik Permai dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Anehnya, kawasan-kawasan yang menjadi kubu kuat DAP seperti di Taman Muda, Teratai, Pandan Perdana dan Kampung Cheras Baru serta Kampung Baru Cheras, masalah sampah juga menjadi rungutan dan kemarahan orang ramai.

Kalau benarlah alasan UMNO yang menyekat kontraktor-kontraktor terbabit daripada menjalankan tugas mereka, mengapa pula kawasan yang hampir seratus peratus didiami oleh bukan Melayu seperti Taman Muda, masalah sampah tidak diangkut terus berleluasa?


NOTA KGC : Seperti biasa, setiap kegagalan Pakatan di Selangor, waima dimana sahaja pasti jari akan dituding kepada UMNO. Ini bukan perkara baru, malah rakyat juga sudah mula meluat dengan alasan lapuk dan alasan yang tidak menjawab persoalan rakyat. Laporan polis berkenaan agak kelakar sikit la pada aku kerana kebanyakan kawasan yang mempunyai masalah kutipan sampah ini bukannya diceruk ulu banat tetapi kebanyakannya di laluan jalan utama. Jika benar lori kontraktor sampah ini ditahan, tak kan tak ada satu makhluk pun di muka bumi Allah ni yang nampak kejadian. Apa jadi dengan laporan polis berkenaan, aku sebenarnya masih menunggu susulan dari laporan polis yang dibuat kontraktor terbabit. Tak kan laporan polis yang dibuat itu adalah LAPORAN PALSU ! Jika laporan palsu, tak kan kontraktor tak tahu apa tindakan yang akan dikenakan ke atas laporan palsu ni. Setiap kepincangan pentadbiran Pakatan Selangor pasti akan disalahkan kepada BN mahupun UMNO.

Apakah Pakatan Selangor tidak ada kredibility langsung sampai hidup dan mati dibayangi BN dan UMNO ???

Sudah-sudah lah menjawab isu rakyat dengan mengalihkan salah sendiri kepada UMNO. Ayat tipikal pakatan adalah "Ini semua salah UMNO" dan "Ini konspirasi UMNO", sangat memualkan. Rakyat dah muak dan menyampah dengan alasan sebegitu. Tidak ubah seperti budak bawah 2 tahun yang mana bila jatuh dan terhantuk dilantai kemudian memukul lantai. Tidak malukah Pakatan bila setiap sesuatu menyalahkan UMNO ??? Ingat rakyat ni bodoh sangat ! Jangan cuba memperbodohkan rakyat kerana rakyat kini lebih bijak dari PKR, DAP mahupun PAS !


Sumber : KGC



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??