Tuesday 8 January 2013

HIMPUNAN MONYET BANGKIT ATAU HIMPUNAN SEJUTA BABI !!! TARAF PAKATAN HARAM !!!



Ketika Barisan Nasional menggarapkan perlaksanaan Pelan Transformasi dalam usaha memastikan negara kekal berada dalam keadaan teguh dan rakyat sentiasa di dalam kesejahteraan, pembangkang pula meneruskan usaha menghuru-harakan negara, menghasut dan mengganggu fokus kerajaan BN. 

Saban hari ada saja perancangan yang dilakukan pembangkang untuk mencari publisiti murahan.  

Himpunan dan demonstrasi diadakan seboleh-bolehnya setiap bulan atau beberapa kali sebulan yang mana menunjukkan yang pemimpin pembangkang benar-benar tiada kerja lain selain berpolitik siang dan malam.  

Himpunan dan demonstrasi tersebut pula diadakan di atas berbagai-bagai alasan dengan menggunakan berbagai-bagai penyamaran antaranya, Himpunan Hijau dan Himpunan Oren.   

Bagaimanapun, himpunan yang menjadi tonggak penting kepada Pakatan Rakyat diberi nama Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Himpunan ini diadakan secara bersiri, bermula dari 3 November tahun lalu di Seremban dan menjelajah ke negeri-negeri lain hingga yang terakhir di Perlis pada 17 Disember lalu.   

Kemuncaknya adalah pada 12 Januari 2013 depan, jam 2 – 5 petang, iaitu penutup kepada siri himpunan ini yang dicadang diadakan di Stadium Merdeka dengan mensasarkan rakyat sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.  

Nampaknya, politik pembangkang ini benar-benar jenis politik hampas iaitu berhimpun ke sana ke mari, bercakap tak henti-henti tanpa membawa hasil apa-apa selain dari menyemarakkan kebencian, semangat perkauman dan perpecahan di kalangan masyarakat.  

Ia juga mengganggu rutin harian orang ramai dengan menghalang lalulintas, selain memberi gambaran negatif sekali gus membawa risiko buruk kepada ekonomi negara.  

Maka tidak hairanlah apabila sokongan terhadap pembangkang semakin hari semakin berkurangan kerana rakyat di kawasan dan negeri yang diwakili mereka merasa tidak puas hati dan sangsi apabila kawasan sendiri tidak terjaga.   

Walaupun kewujudan pihak pembangkang dalam sesebuah negara demokrasi sepatutnya membawa kebaikan kepada rakyat, tetapi pembangkang Malaysia nampaknya hanya membawa kemusnahan.  

Malah mereka langsung tidak berguna, sepanjang masa menyemak dan menghabiskan wang negara semata-mata.  

Tidak cukup dengan gaji dan elaun buta, beberapa wakil rakyat mereka juga menjadi kaya secara tiba-tiba sejurus selepas menang pilihanraya iaitu dalam masa beberapa bulan sahaja.   

Lebih buruk lagi apabila mereka juga meminta derma dari rakyat untuk membiayai politik gila mereka sedangkan mereka terbukti menerima dana asing melalui berbagai-bagai NGO yang bekerja untuk mereka.   

Adalah difahamkan bahawa Himpunan 12 Januari ini adalah bertitik tolak dari kegagalan BERSIH sebelum ini.  

Memandangkan nama BERSIH telah pun kotor dan memalukan, maka pembangkang memilih nama lain untuk meneruskan agenda mereka untuk menghuru-harakan negara.  

Walaupun mereka menyatakan akan mengadakannya di dalam stadium namun kita tidak harus mengenepikan kemungkinan mereka menggunakan Modus Operandi yang sama dengan semua himpunan sebelum ini iaitu berarak dari jalanraya ke stadium dan bukannya terus berhimpun di dalam stadium.  

Kita sedia maklum bahawa bagi mendapatkan impak  yang diinginkan, pembangkang perlu mencipta drama, dan drama tidak akan tercipta jika hanya berhimpun dan berucap di stadium kerana itu adalah terlalu biasa, malah menjadi rutin hidup mereka yang tidak membawa faedah kepada sesiapa.  

Justeru, tidak mustahil pembangkang akan mengadakan drama seram ganas sama sepertimana yang berlaku dalam BERSIH 3.0.  

Bagaimanapun, ini hanyalah cadangan atau perancangan pemimpin PR.  

Dari perkembangan semasa, nampaknya cadangan dan perancangan ini agak sukar direalisasikan.    

Ini kerana terdapat berbagai masalah dalaman yang melanda setiap satu dari parti-parti sekutu PR yang berpunca dari isu-isu semasa yang berbangkit dari tindakan dan kenyataan pemimpin-pemimipin PR sendiri.  

Akibatnya, kelihatan semangat untuk berhimpun kali ini begitu hambar sekali di kalangan penyokong ketiga-tiga parti.  

Hari ini, laungan BN zalim, UMNO rasis, kerajaan tidak telus, mahkamah tidak adil sudah tidak laku lagi.  

Segala puji-pujian ke hadhrat Allah SWT yang memenangkan PR di beberapa negeri dalam PRU yang lalu yang telah membolehkan rakyat melihat siapa sebenarnya yang zalim, rasis, tidak telus dan tidak adil selama ini.   

Setelah menang maka terbarailah sudah bahawa PAS yang memecahbelahkan ummah dan enggan bertanggungjawab pula ke atas tindakan penyokong mereka yang mengkafirkan sanak saudara, malah ibu bapa sendiri.  

Terserlah sudah bahawa DAPlah yang rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu bagi mewakili orang Melayu di dalam partinya.  

DAP juga tidak telus, korup dan bodoh kerana tidak mampu mengira undi yang beberapa ribu sahaja.   

PKR pula tidak perlulah diceritakan lagi kerana parti itu sudah lama telanjang bulat  menampakkan segala panau, kurap dan cacat celanya,  sepertimana Anwar di dalam video dengan China-dollnya.  

Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah tidak lebih dari kemuncak usaha PR untuk menghancurkan Malaysia.   

Oleh itu, rakyat Malaysia wajar menjauhkan diri dari terlibat dengan Himpunan ini, demi kejahteraan negara dan juga keselamatan diri sendiri.   

Belajarlah dari kesilapan negara-negara yang telah melalui ‘kebangkitan’ seperti ini, di mana kini setelah berjaya menggulingkan kepimpinan lama atas alasan tiada kebebasan bersuara, mereka kini ada yang disumbat ke penjara hanya kerana mengkritik kepimpinan baru.   

Sudah elok hidup di selesa, kenapa ingin merasai sengsara ???


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??