Tuesday 8 January 2013

SENGKEKNYA PENGANUT KRISTIAN TERHEGEH NAK GUNA KALIMAH ALLAH MACAM TAK ADA PENDIRIAN !!! PAS SOKONG SEBAB DIORANG DAH MURTAD KE ?!!



Bishop Katholik, Dr Paul Tan Chee dan ramai penganut Kristian yang lain mempunyai asas kukuh untuk bergembira dan berasa lega bila mana Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu memberi jaminan bahawa parti itu kekal dengan pendirian menyokong penggunaan kalimah suci Allah s.w.t oleh orang bukan Islam.

Lebih-lebih lagi jaminan oleh Mat Sabu itu timbul tepat pada masanya selepas beberapa pemimpin PAS yang lain cuba bersandiwara dengan mempertikaikan pengunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan Kristian khususnya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

"Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar," demikian kata Bishop Kristian itu, merujuk pada keputusan muktamad PAS pada 2010 yang bersetuju penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.a.t bagi merujuk pada Tuhan Jesus.

Pada 15 Mei 2010, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa berselindung telah bersetuju yang DAP boleh mengguna pakai kalimah Allah s.w.t demi mencapai kepentingan politik mereka termasuklah memasukkan kalimah itu dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Kenyataan Nik Aziz itu bagaimanapun bercanggah dengan pandangan Timbalan Mursyidul PAS, Dr Haron Din yang membantah sebarang usaha oleh DAP ataupun pihak gereja Kristian daripada memanipulasi kalimah suci tersebut.

Pun begitu, pendapat Nik Aziz itu disokong kuat oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang berpendapat penganut Kristian atau agama lain tidak wajar disekat daripada menggunakan kalimah Allah s.w.t untuk apa tujuan sekalipun.

Kira-kira seminggu lepas, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Setiausa Agung PAS, Mustafa Ali dan Pesuruhajaya PAS Selangor, Dr Rani Osman telah tampil menegaskan kalimah Allah hanya terpakai untuk orang Islam sahaja.

Ketiga-ketiga mereka sepakat perkataan GOD di dalam kitab Bible Inggeris hanya sesuai diterjemahkan kepada kata ganti nama TUHAN untuk kitab Bible versi Bahasa Melayu dan bukannya kalimah Allah sebagaimana dituntut oleh paderi dan gereja Kristian.

Namun dengan penegasan terbaru oleh Mat Sabu bermakna sia-sialah usaha segelintir pimpinan PAS ini dalam cubaan mereka untuk menonjolkan kejaguhan demi mempertahankan kalimah suci Allah s.w.t daripada agama lain.

Dengan percanggahan terbuka yang sedang membelenggu PAS tika ini, ramai pemimpin PAS yang lain terpinga-pinga bengong sendirian manakala penyokong PAS diperingkat akar umbi pula sekejap angguk sekejap geleng tanpa mengetahui ke mana hala sebenar yang nak dituju.

Yang pastinya dengan kecelaruan yang timbul ini, para penganut Kristian dan DAP sendiri sudah boleh mendabik dada dan berbangga kerana hasil keampuhan kerjasama mereka, sekali lagi PAS berjaya ditundukkan.


2 comments:

  1. penjelasan DARI DR HARUN DIN SUNGGUH JELAS BAGI MENJAWAB ISU PENGGUNAAN ALLAH OLEH KRISTIAN....APA YANG MALANGNYA SUARA ULAMA IKHLAS INI TIDAK LAGI MENDAPAT TEMPAT DI HATI RAKAN DALAM PAS TERUTAMA SEKALI NIK AZIZ, HADI DAN JUGA MAT SABUN.....MEREKA BERTIGA TELAH DIBUTAKAN MATA, DIPEKAKKAN TELINAG, DIMATIKAN HATI OLEH ALLAH UNTUK MENERIMA KEBENARAN......MAKA TERABA-RABA LAH MEREKA DALAM KEGELAPAN DITIMPA PERASAN YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA......KEPADA PENGANUT AGAMA PAS YANG MASIH ADA IMAN DAN KEWARASAN SAYA MINTA TOLONGLAH TINGGALKAN PERJUANGAN YANG MAHA SIA-SIA MALAH TOLOL INI......PAS BUKAN TEMPAT YANG SESUAI UNTUK MEREKA YANG BERAKAL DAN BERIMAN......SEBALIKNYA PAS ADALAH HABITAT HANYIR YANG SESUAI DIHUNI OLEH SPESIS YANG SAKIT HATI DAN SAKIT ROHANI........JIKA KALIAN RASA MASIH CERDIK DAN WARAS...AYUH TINGGALKAN PERJUANGAN PAS....KERANA IA MUNGKIN MENDAPAT PAHALA KERANA MENINGGALKAN PERJUANGAN TERCELA DAN KEJI.....MALAHAN ANDA LEBIH MULIA.......SEBELUM NASI MENJADI BUBUR AYUH TINGGALKAN PERJUANGAN PAS YANG PENUH KETOLOLAN........yang ikhlas ABE ZUL KELATE

    ReplyDelete
  2. . Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

    2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

    Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

    3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

    "Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

    " Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

    4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

    5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

    6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

    Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??