Sunday 26 February 2012

APA PUNYA TUTTT LA TOK GUNDU NI !!!

Nik Aziz Berfatwa PAS Bagai Anak Haram Berbinkan Anwar

Haram sokong Israel,tetapi tak haram menyokong Anwar pencinta Israel. Pi mai, pi mai tang tu jugak. Skill putar belit orang paling tua dalam PAS ini agak melucukan. Nak kata marah tapi benci pun tak boleh, sebab dalam kata tak sokong, Nik Aziz boleh bersetuju pula dengan Anwar.

Kadang benda haram tu sedap, begitulah perumpamaan yang boleh kita lihat bagaimana PAS bersama majlis syura mengeluarkan kenyataan mengenai isu Israel. Benda haram dan dilarang itulah paling banyak orang suka buat, walhal diketahui boleh memudaratkan.

Nik Aziz tegas mana mana bersekongkol dengan Israel adalah HARAM, maknanya memang haram jadahlah seluruh ahli parti PAS apabila berbapakan Anwar yang menyokong keselamatan Israel.

PAS serupa anak hasil luar nikah, tak berbinkan ayah sebenar sebaliknya menumpang kasih kepada pencinta Israel. Pokok pangkalnya dari atas sampai kebawah semuanya haram apabila berpelukan dengan Anwar.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan menambah terserah kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terima atau tidak pendirian parti Islam itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Nik Aziz berkata, beliau berpandangan bahawa Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin.

“Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine.

“Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat,” katanya yang mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi semalam.

Sehubungan itu kata Nik Aziz (gambar), beliau yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Kata Menteri Besar Kelantan ini, PAS sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama tidak mengiktiraf kewujudan Israel menambah terserah kepada Anwar sama ada mahu menerima pendirian parti Islam itu.

“Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin.

“Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram,” katanya.

Minggu lalu, Nik Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyamanWSJ bagi membersihkan nama beliau.

Bagaimanapun Anwar selepas pertemuan semalam berkata beliau tidak akan menyaman WSJ berhubung kenyataannya menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel kerana laporan itu adalah tepat.

“Kenapa saya perlu saman WSJ? Mereka letak perkataan ‘contingent’ (tertakluk pada syarat) dalam laporan itu,” katanya menambah Nik Aziz memahami penjelasan mengenai isu Israel itu.


Sumber : KGC



1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM BRO..VERY NICE BLOG..TERUSKAN PERJUANGAN ANDA..SILA LIWAT BLOG SAYA JUGA...SHALOM FROM ANU WAR PEREZ IBRAHIM.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??