Sunday 26 February 2012

PAKATAN HARAM RANCANG TANGKAPAN KHALWAT BADRUL DENGAN IPAR SUPAYA ISU ANWAR ISRAEL DILUPAKAN ?!!

SERIOUS giler arh..! Dengan ipar sendiri pun jadi juga ? Patut la suami si bini orang ni bawak geng...!

Kalau puak pakatan haram jadah ingat aku nak lupa kes Israel kesayangan Anwar, hang silap besar la Al Juburi oiiii....

Kalau dah macam ni aku percaya la si Badrol ni kena perangkap, tapi perangkap sendiri buat la. 

Kami kaze betul, sanggup gadai maruah demi nak selamatkan Anwar yang akan bermatian selamatkan Israel pula.


Kes Khalwat Badrul Dengan Ipar ? Taktik Pakatan Divert Isu Penubuhan Kedutaan Israel ! 

Tiba-tiba, kes khalwat Badrul Amin ni meletup bagai BOM ATOM. Isu ni disambut baik oleh semua blogger PRO BN/UMNO termasuk portal-portal media termasuk la aku sekali terlibat.

Sepanjang malam aku monitor isu ni, semua dan tiada yang ketinggalan mainkan isu ni. Lama juga aku berfikir, macam mana impak berita ni berjaya dalam 1 malam. Agak musyhkil la juga.

Isu yang paling panas sebelum isu khalwat ni adalah isu Anwar yang menyokong Israel, Anwar punca dagangan Malaysia-Israel 1996, kes Isu Pasir Selangor, Bayan Mutiara, Undersea Tunnel dan kacau bilau PAS Kedah.

Bila aku teliti semula momentum ni, ianya seolah cuba nak tenggelamkan issue yang ada yang mana lebih penting dari isu khalwat.

Hampir tenggelam isu pejabat kedutaan Israel di Malaysia. Eh, dengar cerita Badrul Amin dan pasangan khalwatnya ada hubungan IPAR. Ye ke ? Ipar pun nak tibai juga ke ???

Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya dekat sini boleh dianggap sebagai kedutaan tidak rasmi bagi Israel selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menarik balik kenyataannya menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan negara itu.

Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan Nasional (BN), Arman Azha berkata, ibu pejabat parti itu akan terus dilabel sedemikian sekiranya Anwar selaku Penasihat PKR tidak memohon maaf secara terbuka ekoran kenyataannya itu pada akhir Januari lalu.

"Anwar perlu segera memohon maaf dan tarik balik kenyataannya itu jika tidak mahu terus dilabel seperti itu.

"Beliau bukan sahaja perlu memohon maaf kepada UMNO serta sesetengah pihak yang tidak setuju dengan kenyataannya itu, tetapi juga kepada seluruh rakyat yang marah dengan tindakannya itu.

"Anwar boleh membuat sebarang kenyataan selagi ia tidak menggugat hubungan baik Malaysia dengan negara Islam lain. Namun, tindakannya menyokong negara yang melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin, itu bukan sepatutnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah tindakan Anwar itu di perkarangan kompleks beli-belah Sogo di sini hari ini.

Kempen anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menyaksikan lebih 200 tandatangan berjaya dikumpul dalam tempoh kurang sejam.

Beberapa pelancong asing dan masyarakat pelbagai kaum turut menurunkan tandatangan mereka sebagai sokongan terhadap usaha mendesak Anwar menarik balik kenyataan yang dibuat dalam satu wawancara bersama The Wall Street Journal (WSJ).

Sementara itu, Presiden PVTM, Mohd. Ali Baharom berkata, kenyataan tersebut bukan sahaja menyinggung perasaan masyarakat, malah turut menyebabkan bekas anggota tentera rasa terkilan dan terhina.

"Kami sebagai bekas tentera dan komando amat kecewa dengan tindakan itu kerana kami memahami kesengsaraan rakyat Palestin selama ini akibat kezaliman rejim Yahudi itu," katanya.

Tambah Mohd. Ali, kain rentang tandatangan itu akan diserahkan kepada kepimpinan Pas minggu depan untuk membuktikan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat terhadap Anwar.

"Ia sebagai memberi kesedaran kepada Pas agar tidak menyokong segala tindak-tanduk yang dilakukan rakan sekutu mereka terutama Anwar," katanya. - Utusan

Apakah kita bakal lihat secara rasmi Israel buka pejabat kedutaan di Putrajaya jika Pakatan Haram Jadah memerintah ???

Fikir lah rakyat Malaysia, mahukah tanah bertuah ini ditakluk Israel seperti Palestine ? Mahukah kuburan kita di kencing anak cucu kita kerana tidak berjaya pertahan bumi Tanah Melayu bertuah ini ???


Sumber : KGC



2 comments:

  1. salam tuan tanah.
    mohon pautkan link blog saya, link tuan sudah saya pautkan.

    terima kasih. http://www.melanaublogger.com/

    ReplyDelete
  2. salam melanaublogger... blog anda sudah sy pautkn... maaf lambat sikit.. tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??