Sunday 26 February 2012

BAI'AT BATIL DAN HARAM ?!! HADIS SAHIH !!! PAS SESAT KE HADI YANG SESAT NI ?!!

Hukum Bai'ah Kepada Bukan Pemerintah

Bai'ah PAS memang sah sudah tersasar jauh daripada kehendak Islam.

Sebahagian kumpulan moden mengikat bai’at kepada pemimpin-pemimpin mereka yang mereka pilih untuk diri mereka dan mereka berkeyakinan wajibnya dengar dan taat kepada mereka (pemimpin-pemimpin jamaat) sedangkan mereka ini berada di bawah kekuasaan pemimpin-pemimpin yang sah yang dibai’at oleh umum kaum muslimin.

Adakah perbuatan ini harus? Yakni adakah boleh di atas tengkuk seseorang itu mempunyai lebih daripada satu bai’at dan sejauh manakah kesahihan bai’at ini?

Jawapan Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz –rahimahullah- :

Bai’at ini adalah BATIL dan TIDAK BOLEH melakukannya; kerana ia akan membawa kepada perpecahan kesatuan, fitnah (kekecohan) yang banyak,
dan pemberontakan ke atas pemerintah secara tidak syar’ie. Telah sahih
bahawa Nabi s.a.w bersabda:

أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد ، فإنه من يعش منكم
فسيرى اختلافا كثيرا ، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين من بعدي ،
تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ ، وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة
بدعة ، وكل بدعة ضلالة

Maksudnya: “Aku berpesan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah
serta dengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba,
kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup antara kamu dia akan
melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kamu berpegang
dengan sunnah ku dan sunnah para Khalifah al-Rasyidin selepasku,
berpegang teguhlah dengannya dan gigit dengan geraham kamu serta
hati-hati olehmu akan perkara baharu kerana setipa perkara yang
diadakan (-dalam agama-pent-) itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu
sesat”. [al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].

Serta sahih juga baginda bersabda:

على المرء السمع والطاعة فيما أحب وكره ، ما لم يؤمر بمعصية الله ، فإن
أمر بمعصية الله فلا سمع ولا طاعة

Maksudnya: “wajib atas seorang muslim itu mendengar dan taat dalam
perkara yang dia suka dan benci selama mana dia tidak diperintah
melakukan maksiat kepada Allah, jika dia diperintah melakukan maksiat
kepada Allah maka tidak wajib dengar dan taat”. [Muslim].

Dan baginda s.a.w bersabda:

إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya: “Sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam perkara makruf”.
[al-Bukhari dan Muslim].

Dan baginda s.a.w bersabda:

من رأى من أمره شيئا من معصية الله فليكره ما يأتي من معصية الله ولا
ينزعن يدا من طاعة

Maksudnya: “Barangsiapa yang melihat pemerintahnya melakukan sesuatu
maksiat kepada Allah maka hendaklah dia membenci apa yang dia lakukan
daripada maksiat kepada Allah itu namun jangan pula dia mencabut
tangan daripada ketaatan (bai’at)”. [Muslim].

Hadis-hadis dalam perkara ini sangat banyak semuanya menunjukkan wajib
taat kepada para pemerintah dalam perkara makruf serta tidak boleh
memberontak kepada mereka melainkan mereka melakukan kekufuran yang
jelas yang ada pada pemberontak bukti daripada Allah.

Tidak diragukan lagi bahawa wujudnya bai’at kepada sebahagian manusia
akan membawa kepada perpecahan dan pemberontakan kepada pemerintah
maka WAJIB MENINGGALKANNYA, dan HARAM MELAKUKANNYA, kemudian wajib atas mereka yang melihat pemerintahnya melakukan kufur yang jelas
untuk MENASIHATINYA sehingga dia (pemerintah) meninggalkan perbuatan
itu, dan tidak boleh memberontak kepadanya jika pemberontakkan itu
membawa keburukan yang lebih banyak kerana mungkar tidak dihilangkan
dengan perkara yang lebih mungkar, seperti yang dinyatakan oleh para
Ulama seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiah dan al’Allamah Ibn al-Qayyim
–rahmatullahi ‘alaihima-. Wallahu waliyyut Taufiq.

[Sumber: Majmuk Fatawa Ibn Baz, jil 28, m.s 250-253].

*perhatikan: Jika memberontak kepada pemerintah yang jelas kafir pun
tidak harus jika membawa kemudaratan yang lebih maka bagaimana pula
memberontak kepada mereka yang tidak kafir??!! Allahul Musta’an.


Sumber : KGC



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??