Thursday 23 February 2012

MYBAJET2012 - WEBSITE TERBAIK BUKAN PORNO !!!

BR1M Sikit ? MyBajet2012 Ada Tips Baek Punya !

Bantuan Rakyat 1 Malaysia antara yang termaktub didalam Bajet 2012. Pemberian wang bantuan RM500 (BR1M) yang diberikan secara berperingkat ini sedikit sebanyak meringankan beban ekonomi rakyat.

Walaupun sudah lebih sebulan BR1M ini mula diagihkan kepada yang layak, namun baru hari ini aku berkesempatan menjenguk ke lokasi pemberian wang bantuan BR1M dan tempatnya agak istimewa iaitu di Arena Square yang terletak di dalam Parlimen Teluk Intan, Perak.

Pucuk pimpinan BN Parlimen Teluk Intan bersama rakyat. Dato' Mah Siew Keong menyerahkan voucher kepada warga emas.

Antara petugas-petugas di lokasi BR1M Parlimen Teluk Intan.


Itu tadi antara caption lokasi BR1M yang dapat aku kongsikan dengan korang. Semasa dilokasi, rakyat bersyukur dan gembira menerima wang bantuan RM500 BR1M ini.

Namun, yang ingin aku kongsikan dalam artikel ini bukanlah kisah aku menjenguk di lokasi BR1M di outstation ini. Pernah tak korang tahu tentang 1 website yang memberikan informasi berkaitan Bajet 2012 yang telah dibentangkan dan kini dalam proses implementation ?

Website myBajet2012 ini aku baru sahaja layari. Dan sungguh banyak informasi yang dihidangkan kepada pelayar siber bagi dimanfaatkan bersama.



Korang boleh melayari sendiri website ini di www.mybajet2012.com untuk melihat sendiri info-info yang berguna.

Pada sesetengah orang, mungkin merasakan bahawa RM500 wang bantuan BR1M itu sikit nilainya. Tetapi jika korang tahu bagaimana memanfaatkan wang berkenaan, ianya boleh menjadi nilaian besar buat korang.

Website ini akan membantu korang bagaimana wang RM500 itu boleh menjadi wang yang berguna buat 1 jangkamasa panjang buat korang dan isi rumah.

MyBajet 2012 ialah sumber utama berita, maklumat nasihat, idea-idea and tip Bajet 2012 korang. Ia adalah sumber sehenti pengetahuan praktikal mengenai bagaimana Bajet 2012 dapat membantu memperbaiki kehidupan korang dan mengubah komuniti kita.

Selain dari BR1M, mybajet2012.com juga turut memuatkan informasi berkaitan peruntukan bajet lain untuk rakyat seperti Klinik 1Malaysia, KR1M, Skim Rumah Pertamaku dan lain-lain lagi.

Ringan-ringankan jari korang untuk melayari website ini bagi memperbaiki kualiti kehidupan korang dan komuniti korang. Jangan lupa membaca 100 Touchpoints Belanjawan 2012 !



Sumber : KGC



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??