Monday 20 February 2012

PANAS !!! NOH OMAR BERDEBAT DENGAN KHALID GAGAP ?!!

Terkini Isu Pasir- Adakah debat perlu antara Noh Omar dan Khalid Gagap

Hari ini Sinar melaporakan bahawa kerajaan Selangor bersedia untuk berdebat dengan UMNO Selangor dalam isu penyelewengan pasir oleh KSSB. Jawapan itu diberikan oleh Yaakob Sapari kepada Sinar Harian.

Isu pasir sudah menjadi satu perkara yang boleh membuatkan kerajaan Selangor huru-hara. Pasir Selangor adalah antara sumber pendapatan terbesar kerajaan Selangor kerana urusan jual beli melibatkan wang tunai. Apa yang kerajaan Selangor telah buat untuk menjana ekonomi Selangor? Apa yang telah mereka lakukan? Teresa Kok berbangga dengan FDI tetapi kita jangan terlupa sumber FDI itu adalah daripada MIDA yang diuruskan oleh kementerian Tok Pa daripada kerajaan BN. Kononnya perlantikan Gay Tua sebagai penasihat ekonomi mampu menaikkan lagi ekonomi atas alasan kerana pengalaman sebagai Menteri Kewangan selama 8 tahun.

Berbalik kepada debat, kenyataan Yaakob Sapari sebenarnya cuba mengalihkan isu apa yang dikatakan oleh Noh Omar. Dalam kenyataan terdahulu, Noh Omar mahu supaya diadakan Perbicaraan Rakyat ataupun Prosiding Selcat diteruskan dan dalam masa yang sama Khalid Gagap harus berani mengambil risiko andai Noh Omar berjaya membuktikan bahawa penyelewengan pasir betul berlaku.

Pendapat aku cukup ringkas, debat yang dicanangkan oleh Yaakob Sapari hanya bertujuan untuk meredakan tekanan yang dihadapi oleh kerajaan Selangor. Kenyataan Noh Omar lebih menjurus kepada satu prosiding yang akan menentukan apakah penyelewengan itu berlaku. Sekiranya debat dibuat, pelbagai persepsi boleh ditimbulkan oleh pelbagai pihak dan akhirnya isu ini tiada kesudahannya. Prosiding yang dimahukan oleh Noh Omar haruslah mengikut lunas undang-undang dan diakhir prosiding tersebut akan ada satu kata putus bahawa adakah dakwaan penyelewengan itu berlaku ataupun tidak.

Andai debat dilaksanakan maka satu pihak akan mengeluarkan pelbagai dakwaan dan bukti dan satu pihak lagi akan bersikap seperti menegakkan benang yang basah. Pemimpin UMNO Selangor boleh memberi pelbagai kenyataan tetapi aku secara peribadi merasakan bahawa kalau pemimpin tersebut tidak memahami apa sebenarnya yang terjadi dalam isu penyelewengan KSSB adalah lebih baik mereka mendiamkan diri daripada terus memberi kenyataan yang boleh memberi keuntungan kepada kerajaan Selangor.

Begitu juga dengan prosiding Selcat yang dihentikan oleh kerajaan Selangor. Maklumat mengatakan bahawa prosiding hanya berlaku sekali dan dihentikan sehingga kini. Speaker Teng pernah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan sedang dijalankan tetapi kenapa Ahli Lembaga Selcat iaitu Adun Permatang YB Sulaiman Razak mengakui bahawa siasatan Selcat masih tergantung sehingga sekarang.

Adakah jangkamasa 2 tahun yang diperlukan untuk menunda prosiding Selcat sudah cukup untuk menghilangkan semua bukti yang ada di dalam KSSB. Rakyat bukan berminat dengan apa yang dibuat oleh kerajaan Selangor sekarang tetapi rakyat mahu tahu keseluruhan apa yang berlaku dari mula pentadbiran Khalid Gagap sehingga sekarang.

Jangan fikir bangkai gajah boleh ditutup!!


Sumber : KGC


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??