Wednesday 29 February 2012

SAYA LUPA HUKUM KHALWAT DALAM ISLAM - BADROL !!!

Nabi SAW mengharamkan khalwat

Perkara yang dilarang dan ditegah,itulah yang nak sangat dibuat oleh Ustaz PKR, kalangan penyokong dan pemimpin PKR cukup gemar dengan benda haram, lagi dilarang lagi kuat kemahuan melakukan maksiat.

PKR dipenuhi dengan pemimpin yang kotor dan kaki maksiat, ada yang gemar berzina dengan teman lelaki hingga tersebar gambar hutan rimba, ada yang gemar main jantan dan betina, ada juga yang gemar main dengan isteri orang.

Ada juga yang main di rumah panjang, ada juga yang main didalam kereta. Kes kes pemimpin PKR cukup banyak yang menjadi bahan cerita para penyokong mereka sendiri. Tetapi semua itu didiamkan kerana cerita dalam kain orang luar PKR tak boleh tahu. Sekarang ini Allah telah buka aib mereka kerana siang dan malam mereka tidak henti menghasut dan melemparkan fitnah terhadap orang lain. Terimalah pembalasan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لا يخلون أحدكم بامرأة فإن الشيطان ثالثهما

“Janganlah salah seorang dari kalian berkhalwat dengan seorang wanita kerana sesungguhnya syaitan menjadi orang ketiga diantara mereka berdua.” (HR. Ahmad 1/18, Ibnu Hibban [lihat Shahih Ibnu Hibban 1/436], At-Thabrani dalamAl-Mu’jam Al-Awshoth 2/184, dan Al-Baihaqi dalam sunannya 7/91. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Shahihah 1/792 no. 430)

ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يخلون بامرأة ليس معها ذو محرم منها فإن ثالثهما الشيطان

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka janganlah ia berkhalwat dengan seorang wanita tanpa ada mahram wanita tersebut, kerana syaitan menjadi orang ketiga diantara mereka berdua.” (HR. Ahmad dari hadits Jabir 3/339. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Irwaul Gholil jilid 6 no. 1813)

لا يخلون رجل بامرأة إلا مع ذي محرم فقام رجل فقال يا رسول الله امرأتي خرجت حاجة واكتتبت في غزوة كذا وكذا قال ارجع فحج مع امرأتك

“Dari Ibnu Abbas, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Janganlah seorang laki-laki berkhalwat dengan seorang wanita kacuali jika bersama dengan mahram sang wanita tersebut.’ Lalu berdirilah seseorang dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, isteriku keluar untuk berhaji, dan aku telah mendaftarkan diriku untuk berjihad pada perang ini dan itu,’ maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, ‘Kembalilah!, dan berhajilah bersama isterimu.’” (HR. Al-Bukhari no. 5233 dan Muslim 2/975)

Sumber : KGC


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??