Sunday 26 February 2012

KHALID GEREJA YANG CEMBURUI HASAN ALI !!!

Jurucakap Gereja Hentam Hasan Ali

Sambutan terhadap siri roadtour Hasan Ali yang mendapat sambutan berpuluh ribu orang di seluruh negara, satu momentum untuk menolak lacuran politik yang dilakukan oleh PAS.

Paling mengemparkan apabila Hasan Ali berjaya menubuhkan JATI dengan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak baik dari NGO atau pun pihak swasta. JATI ditubuhkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh PAS apabila mereka secara rasminya menjadi tunggangan DAP dan PKR.

Hasil liberalisasi PAS, mereka telah mengadai prinsip perjuangan parti. PAS dilihat tidak punyai pendirian dan begitu longgar jati diri mereka hingga segala perbuatan DAP menghina Islam dihalalkan. Liberal dan pluralisme yang terbukti sesat pun tidak ditentang oleh PAS. Semua ini hasil dakwah DAP dan Anwar kepada parti ini.

Khalid Gereja yang terkenal sebagai salah seorang parasit didalam PAS melihat gerakan yang Hasan Ali terajui amat mengancam PAS terutamanya di Selangor. PAS tak ubah seperti sayap DAP yang melaksanakan segala kemahuan dan kehendak, pak turut dan pak angguk itulah gelaran kepada PAS oleh komuniti politik dinegara ini.

Khalid Gereja sudah mula menggerakkan serangan terhadap Hasan Ali. Tuduhan pihak korporat menyokong Hasan Ali memperlihatkan PAS sudah terancam. Tapi pada pendapat aku, apa salahnya korporat atau mana mana pihak menyokong perjuangan JATI. Memperjuangkan demi bangsa, agama dan raja sudah dilihat satu dosa oleh PAS.

Kenyataan Khalid Gereja seolah olah beliau berasa terancam jika umat Islam bangkit mempertahankan hak mereka.Khalid seolah menyuarakan kehendak pihak gereja dan DAP. Lebih sudu dari kuah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad hari ini mendesak bekas exco negeri Datuk Hasan Ali menjelaskan sama ada benar dakwaan NGO barunya Jalur Tiga (JATI) ditaja dua syarikat besar.

Sambil menafikan membuat tuduhan, Khalid (kiri) yang juga anggota parlimen Shah Alam berkata, beliau melontarkan perkara itu supaya Hasan dapat menafikannya, jika tidak benar.

Khalid mengutarakan kemungkinan syarikat-syarikat itu akan mendapat faedah kewangan sekiranya BN berjaya menawan Selangor dalam pilihan raya depan.

Hasan sebelum ini menubuhkan JATI untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja atau apa yang digelarnya sebagai IMR.

Sumber : KGC


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??