Tuesday 14 February 2012

TOK GUNDU VS PELIWAT TEGAR !!! SIAPA MENANG ???



Pas hari ini mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam.

"Jawatankuasa Agung dan Majlis Syura membuat keputusan meminta saya mengirim surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel sebagaimana yang disiarkan dalam WSJ.

"Sekiranya kenyataan WSJ tidak tepat, kita harap Anwar menyaman WSJ. Saya telah menandatangani surat di Kuala Lumpur semalam dan insya-Allah surat itu akan dihantar oleh Setiausaha Majlis Syura selepas ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan malam bersama Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan di Hotel GRV di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Anwar dalam wawancara dengan WSJ baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjaga keselamatan negara Israel.

Ia telah mencetuskan bantahan umat Islam, malah ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu termasuk diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.

Menteri Besar itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai pendapat banyak pihak bahawa Anwar mengeluarkan kenyataan itu hanya untuk menarik sokongan dari negara asing.

"Bila kita bersahabat kewajipan kita adalah tegur-menegur, apa yang kita tengok kawan kita tidak betul kita tegur, apa yang kawan kita tengok kita tidak betul dia tegur kita, itu ajaran agama.

"Saya telah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang kawan dan Mursyidul Am Pas supaya dia tarik balik kenyataannya mengenai Israel kerana Israel ini negara haram. Saya telah sebut kepada Duta Amerika Syarikat ketika dia datang ke pejabat saya dua tahun lepas, saya kata kalau selipar Jepun sekali pun tidak ada hak untuk ambil negara kita, inikan pula negara Palestin. Siapa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pandai-pandai bahagi dua bumi Palestin," katanya. - Utusan


Psssttttt... Tok Gundu cari gaduh dengan seekor BABI.. hahahaha...


2 comments:

  1. ~ kenyataan bijak seorg tok guru... lu lak dok kutuk "tok gundu".... lu nak mampos kot...!! dah lah byk statement lu bunyi cam tulisan org bahlul je... pastu ade ati nak kutuk Tok Guru.... lu ni mmg jenis melayu haramjadah..!!

    ReplyDelete
  2. lu cakap org haramjadah lu siapa???? lu pun cam bagus.... hahahahhaha macam budak tak sunat lah kau nie. hahahhaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??