Tuesday 21 February 2012

BALIK PULAU KRITIKAL - YUSMADI !!!

Guan Eng Persilakan MP PKR Merambus

MP Balik Pulau, YB Yusmadi sekarang ini sudah dilihat sebagai bebanan dan tidak popular buat pakatan rakyat.

Yusmadi yang terkenal dengan beberapa kes salah guna kuasa di Pulau Pinang sebenarnya tidak pernah menegakkan hak orang melayu, sebaliknya hanya berlakon didepan rakyat. Beliau bukan saja menyalah guna kuasa malah turut menyeleweng wang rakyat dengan bantuan Lim Guan Eng sebagai ketua menteri.

Kononnya tidak mahu bertanding pada PRU13 jika ada rumah orang melayu dirobohkan hanyalah tak lebih kepada retorik politik semata mata. Memang rumah melayu dikawasan Balik Pulau tidak akan dirobohkan sama sekali. Kerana tanah disana tidak dirampas atau dijual berleluasa sepertimana yang berlaku dikawasan Timur Laut atau pun Barat Daya Pulau Pinang.

Bolehlah beliau mendabik dada tak mau bertanding sebenarnya memang tidak akan berlaku sama sekali, senang benar perbodohkan rakyat ! Inilah sikap wakil rakyat berpolitik meremehkan minda rakyat.

Anggota parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff hari ini berjanji tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya akan datang sekiranya terdapat rumah menjadi korban pembangunan di kawasannya.

Anggota parlimen PKR itu berkata, tidak ada gunanya beliau menganggotai Dewan Rakyat sekiranya penduduk kawasan itu, terutamanya yang miskin hanya beratap langit.

Yusmadi berkata, masalah pengusiran dan perobohan rumah di Balik Pulau kini sudah berada pada "tahap kritikal".

Sambil meluahkan kekecewaan terhadap rakan-rakannya dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang gagal hadir mendengar keluhan penduduk, Yusmadi berkata masih banyak kes melibatkan projek pembangunan di kawasan itu masih didengar mahkamah.


Sumber : KGC


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??