Saturday, 11 May 2013

APA LAGI CINA MAHU ?!! #SudahKalahKalahLah


Masyarakat Cina di negara ini seharusnya tidak melatah dan mempertikaikan laporan muka depan Utusan Malaysia bertajuk "Apa Lagi Cina Mahu ?" pada Selasa lalu.


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan menegaskan, tajuk artikel berkenaan sebenarnya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Cina sebaliknya sekadar melontarkan persoalan yang perlu dijawab oleh mereka.

Jelasnya, tidak timbul sebarang isu melalui artikel berkenaan kerana ia juga sering dimainkan oleh akhbar-akhbar Cina.

"Bagi saya itu perkara biasa. Perdana Menteri telah membuat yang terbaik dan tidak sesekali menganaktirikan orang Cina di negara ini dari semua sudut terutama pendidikan."

"Mahu sekolah Cina sudah dibuat, mahu universiti Cina juga sudah dibuat. Jadi apa lagi yang orang Cina mahu?

Sepatutnya mereka tidak marah tetapi menjawab pertanyaan yang dilontarkan oleh Utusan Malaysia itu dengan menilai semula apa yang telah mereka berikan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??