Friday, 17 May 2013

TEMPOH 5 TAHUN UNTUK KJ BUKTIKAN KEIKHLASAN PERJUANGANNYA DALAM #UMNO !!! #BetterNation

kj-keris

Salam semua...

To be honest, aku kuranglah bersetuju Khairy Jamaludin (KJ) dilantik sebagai Menteri penuh.


Tetapi, sebagai ahli UMNO, aku menghormati keputusan DS Najib dan akur.

Aku yakin keputusan beliau meletakkan KJ pasti ada sebab yang tersendiri.

Didalam mana-mana organisasi pun, waima institusi kekeluargaan, kita perlu hormati pemimpin kita sebagaimana kita menghormati ibu bapa kita.

Tiada ibu bapa yang akan membuat keputusan yang memudaratkan anak-anaknya, begitu jugalah DS Najib yang pasti tidak mahu sesuatu yang tidak elok berlaku terhadap rakyatnya dan negaranya.

Walau ramai yang tidak bersetuju dengan perlantikan KJ didalam kabinet yang baru, namun mereka akur jua akhirnya dengan keputusan YAB PM kita.

Inilah indahnya budaya ketimuran kita yang berteraskan Islam dan menghormati Ulil Amri.

Inilah budaya Melayu, Islam dan Malaysia yang tiada dalam kepimpinan pembangkang !!!


kjalaauww

Salah satu kejutan terbesar dalam pengumuman kabinet semalam ialah penyertaan Ketua Pemuda UMNO, Saudara Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan. 

Perlantikan merupakan satu kejutan terbesar kepada mereka yang memahami sepak terajang politik UMNO.

Sungguhpun imej Khairy jauh lebih baik sekarang berbanding 4 tahun lalu, namun ramai yang berpendapat Khairy hanya layak untuk menimba pengalaman sebagai Timbalan Menteri terlebih dahulu sebelum di beri ruang ke dalam kabinet. 

Sebahagian ahli UMNO belum lupa tindak-tanduk Khairy semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dulu, mahukan Khairy diketepikan terus sehingga beliau menang semula jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan akan datang.

Namun Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib sudah tidak mempunyai masa yang panjang. 

Beliau hanya mempunyai masa 5 tahun dari sekarang untuk memulihkan keyakinan sebahagian lagi rakyat. 

Jika ada orang yang dianggap boleh membantu beliau, beliau perlu segera memberi ruang dan peluang menguji kebolehan mereka.

Dalam konteks inilah nama Khairy diangkat sebagai Menteri Belia dan Sukan.  

Ini adalah ujian kepada Khairy sekiranya beliau berjaya, maka masa depan yang cerah menanti beliau di dalam UMNO dan politik negara. 

Sekiranya beliau gagal, maka jalan politiknya akan jauh lebih sukar daripada sekarang.

Selama hampir 8 tahun dalam sepak terajang UMNO, Khairy boleh dianggap sudah mula memahami aspirasi dan keperluan Islam, Melayu dan UMNO. 

Khairy hari ini bukan lagi anak muda yang terlupa daratan dikelilingi oleh kuasa dan wang. 

Tanpa naungan keluarga, Khairy sedikit sebanyak memahami keperitan sebagai ahli politik biasa.

Selama empat tahun lepas Mohd Najib memberi satu tempoh pemulihan politik kepada Khairy. 

Setelah mencuba Khairy sebagai pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sejak beberapa  bulan lalu, Mohd Najib percaya Khairy telah bersedia untuk diberi peranan yang lebih besar.

Ikon Anak Muda

Para penyokong dan pengkagumnya percaya Khairy merupakan ikon baru anak muda. 

Khairy dikatakan mempunyai aset lengkap sebagai pemimpin muda. 

Beliau mesra media sosial, versatile, berkebolehan berbahas dalam bahasa Inggeris dan Melayu, mempunyai kefahaman politik yang agak mengkagumkan untuk pemuda di usianya.

Khairy dianggap jawapan kepada pemimpin pemuda Pakatan seperti Rafizi Ramli, Tony Pua dan Nurul Izzah Anwar Ibrahim.

Namun bagi penentangnya, Khairy dianggap si kitol yang merosakkan parti suatu ketika dahulu sehingga BN mengalami kemerosotan yang sangat besar pada 2008. 

Penentangnya juga melihat Khairy tiada akar Islam dan Melayu yang menjadi ramuan utama pemimpin UMNO terutamanya Pemuda. 

Khairy dilihat sebagai Melayu liberal yang hanya menggunakan UMNO sebagai batu loncatan mendapat kuasa dan jawatan. 

Malah ada yang beranggapan Khairy lebih teruk dari Anwar semasa Anwar berada di dalam UMNO.

Namun Mereka yang memusuhi Khairy mungkin perlu mendengar pesanan Tok Ki dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam Radio Bernama petang tadi.

Kata beliau, “kita harus memberi ruang kepada semua anggota kabinet baru melaksanakan agenda negara dan menilai kerja mereka sekarang dan akan datang. Semua orang pernah buat salah, namun yang lepas-lepaslah. Sekarang kita mahu melihat Menteri bekerja untuk rakyat.”

Harapan Kepada KJ

Sama ada suka atau tidak, Mohd Najib telah memberi tanggungjawab berat kepada Khairy. 

Sudah tentu tumpuan dan fokus utama Khairy ialah menarik sokongan anak muda bandar kepada Barisan Nasional.

Kita akan melihat apakah populariti Khairy di Twitter dan Facebook akan diterjemahkan ke dalam alam realiti dengan sokongan melimpah ruah kepada BN dalam masa beberapa tahun mendatang. 

Ini satu cabaran kepada KJ.

Pada hemat saya, salah satu perubahan yang perlu di bawa oleh KJ kepada Kementerian Belia dan Sukan ialah berhadapan secara bersemuka dengan para belia dalam konteks keilmuan. 

Salah satu kelemahan BN dalam menarik sokongan belia sebelum ini ialah kita gagal memberi jawapan yang tuntas kepada isu-isu politik yang di bawa oleh Pakatan.

Kerajaan banyak menumpukan kepada program-program hiburan dan riadah. 

Tidak dapat dinafikan bahawa program-program sebegini penting dan mendapat sambutan para belia dan seharusnya diteruskan.

Namun kegagalan melakukan komunikasi secara bersemuka dengan orang muda di bandar menyebabkan mereka senang mempercayai dakyah dan fitnah Pakatan.

Justeru saya berharap akan melihat satu susuk tubuh Menteri Belia dan Sukan yang pro-aktif dan sentiasa melakukan “engagement” dengan kelompok anak muda yang berminat dengan isu semasa dan keadaan politik negara.

Saya berharap akan melihat Menteri muda ini turun berhadapan dengan anak muda sama ada di Dataran Merdeka, di Kompleks Beli-Belah, di Universiti Awam dan Swasta dan juga di tempat-tempat santai anak muda.

Mohd Najib mengharapkan satu wajah baru Menteri Belia yang akan menjadi ikon baru anak muda. 

Susuk wajah yang menjadi benteng mempertahankan kerajaan dan BN berhadapan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan.

Dalam pada itu, ramai penyokong UMNO dan BN berharap KJ tidak melupakan asas perjuangan UMNO yang merangkumi agama Islam, bangsa Melayu dan Negara Malaysia.

Sekarang KJ sudah menjadi Menteri sekaligus membawa panji-panji UMNO dan BN. 

Jagalah panji-panji ini. 

Jika ada yang peribadi yang perlu berubah, inilah masanya meninggal segala yang kurang baik. 

Ramai yang bersedia melupakan perkara yang lalu, namun mereka akan menjadi hakim yang sangat teliti kepada KJ.

Inilah tanggungjawab berat KJ dan harapan ramai penyokong BN.

[ SUMBER ]

Bukan kebolehan KJ yang aku ragui selama ini, aku mula suka pada KJ ni masa debat live KJ dengan Ambiga yang aku anggap "superb".

Tetapi dalam konteks menarik anak muda, KJ perlu kerja kuat lagi.

Apa yang membuatkan ramai sangsi kepada KJ hanyalah 1... KEIKHLASANNYA didalam UMNO !!!

KJ perlu bekerja kuat untuk kembalikan kepercayaan sebahagian besar ahli UMNO dan membuktikan keikhlasan perjuangannya.

KJ perlu buktikan bahawa dia bukan "Anwar-2 in the making".

All the best !!!


1 comment:

  1. Macam mana dulu tak sukakan Anwar...macam tu lah jugak dgn Kj...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??