Thursday, 16 May 2013

LAWAK PALING EPIK DALAM SEJARAH #PRU13 !!! #SPR PERLU SIASAT DAN BERTINDAK !!!


Dalam banyak-banyak penipuan pembangkang... inilah yang paling tidak masuk akal dan "epic failed" !!!


Serius ye, terburai aku ketawa bila baca tajuk dia.

Bila baca isi, jangan ceritalah pula, keluar air mata aku baca kisah dongeng rekayasa portal milik Tian Chua ni.

Heh... Apsal tak kata je petugas SPR tu semua ditembak mati ke atau digantung ketika buat kiraan undi ?!!

Kan bunyinya lagi jahat dan senang sikit nak buat rakyat benci Kerajaan !!!

Bermula dengan fitnah "phantom voter" atau "pengundi hantu" dari Bangla, bila fitnah makan tuan saat banyak pendedahan tentang kemungkinan wujud pengundi hantu dari Tanah Besar China yang rakyatnya berduyun-duyun datang Malaysia tetapi kemudian hilang tanpa jejak, maka fitnah baru pula direkayasa.

Berlambak video separuh yang dimuat naik bagi meyakinkan fitnah "pengundi hantu bangla" mereka.

Tapi BN tak cepat melatah, dibiarkan dalam 2 hari video-video tu keluar.

Lepas tu muncul pula video sebenar yang rakam keseluruhan insiden, ternyata yang dituduh Bangla tu adalah rakyat Malaysia berbangsa India, Serani, Mamak dan juga hasil perkahwinan campur.

Bila kantoi... buat fitnah baru pula.. yelah, nak bagi rakyat benci pada Kerajaan yang telah memberikan khidmat bakti cemerlang kepada rakyat berbilang bangsa dan kaum sejak merdeka ni bukannya senang.

Timbul pula fitnah "blackout" dibeberapa tempat panas seperti Skudai, Gelang Patah, Bentong dan beberapa tempat lagi.

Yang kelakar tahap gaban pula, dari awal petang lagi wakil-wakil parti pembangkang dah mula bawa masuk "torchlight" atau lampu suluh kedalam pusat pengundian.

Seolah-olah plot terancang yang rapi pula.

Yang paling hilang akalnya, di tempat yang disebutkan itu, di Skudai dan Gelang Patah tu bukankah DAP yang menang kedua-dua tempat ?!!

Adakah maksudnya insiden "blackout" tu untuk memenangkan DAP, jadi DAP lah yang menipu kalau begitu kan ?!!

Bentong pula saksi ditempat kejadian iaitu wartawan dan juga calon DAP yang bertanding dan kalah pula menafikan tuduhan rekayasa "Red Bean Army" DAP !!!

Mereka yang berada ditempat kejadian menafikan sekerasnya berlaku insiden "blackout" semasa kiraan undi walau hanya untuk sekelip mata pun.

Itu belum lagi cerita pasal helikopter mendarat kat pusat undi untuk buang kotak undi.

Apa wakil calon pembangkang kat pusat undi tu semua pekak-pekak ke apa sampai helikopter berlegar atas kepala pun tak boleh nak dengar ?!!

Dan macam-macam lagilah fitnah yang kebanyakannya diluar logik akal dan kewarasan manusia termasuklah yang ini.

Kalau benar 24 petugas SPR ni kena kurung dah tentu sebaik sahaja selesai kiraan undi mereka dah buat report polis.

Dan 1 lagi, wakil dari calon pembangkang tidur ke ?!!

Disetiap pusat undi, selain petugas SPR dan sukarelawan SPR (yang kebanyakan terdiri dari cikgu dan tentulah ada penyokong pembangkang antara mereka), setiap parti bertanding juga meletakkan wakil masing-masing di tempat undi tu termasuklah wakil calon parti pembangkang.

Walau sesaat pun peti-peti undi, senarai nama, dakwat, waima sebatang pen pun tak akan ada peluang untuk terlepas dari pandangan wakil-wakil calon dari calon pembangkang ni.

Agak-agaklah kalau nak buat fitnah pun oiii...!!!

Dibawah ni pengakuan seorang petugas SPR.


Aku nak korang cuba fikirkan sesuatu, kalau BN nak menipu undi ni, kenapa tak dibuat je di Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan serta Kelantan ???

BN dah banyak berhabis wang ringgit dan masa untuk memastikan kebajikan rakyat di 4 wilayah ini terbela demi meraih undi untuk PRU-13.

Gerak kerja yang diambil PM adalah 4 tahun, jadi kenapa Najib nak bazirkan 4 tahun masanya kalau betul BN boleh memanipulasi PRU ???

Heh... Tak kanlah bodoh sangat sampai benda simple macam ni pun tak boleh nak fikir.

Untuk pengetahuan korang lah ye, undi dikira dipusat pembuangan undi.

Maknanya kotak undi tu tak akan keluar dari pusat pembuangan undi langsung.

Pusat pembuangan undi ditutup jam 5 petang dan setengah jam untuk persediaan pengiraan.

Tepat jam 5.30 petang peti undi akan dibuka dan pengiraan bermula.

Setiap wakil calon yang bertugas berhak untuk mempertahankan setiap undi rakyat atau mendefinasikan undi tersebut sebagai rosak.

Ada yang bangkitkan undi rosak ni.

Kalau undi rosak tu tipu, kenapa wakil calon parti bertanding tidak pertahankan ?!!

Tak de telor ke ?!!

Kalau sehelai undi pun tak mampu pertahankan macam mana nak pertahankan negara yang besar ni !!!

Baik parti BN atau pembangkang, kedua-duanya ditugaskan dalam bilik kiraan (pusat undi) untuk buat kerja dan bukan tidur !!!

Selepas selesai kira, hasil kiraan akan dicatit dalam borang 14 (borang 15 bagi undi pos/awal).

Wakil-wakil calon perlu tandatangan borang tersebut mengesahkan catitan pada borang berkenaan.

Dari saat itu, kertas undi ke kotak undi ke dah tak penting, yang penting hanyalah borang 14 tersebut yang perlu dilindungi dengan apa sekalipun waima dengan nyawa atas dasar integriti SPR.

Bagaimanapun, kertas undi dan peralatan SPR akan dimasukkan semuanya kedalam kotak undi tersebut dan dibungkus dengan sarung kuning.

Dibawa kotak-kotak undi dari semua saluran bersama borang 14 tersebut ke pusat penjumlahan undi.

Masa ni, setiap calon dah tau awal-awal lagi keputusan dari setiap pusat pembuangan undi.

Sebaik petugas SPR mula mengemas bilik saluran undi setiap calon dah dapat SMS (teks pesanan ringkas) memaklumkan keputusan disetiap saluran melalui wakil mereka.

Dipusat penjumlahan undi, semua borang 14 disatukan dan jumlah dari setiap saluran pusat undi dicampurkan maka keluarlah keputusan rasmi bagi DUN dan juga Parlimen.

So, kat celah bedah mananya yang ada ruang dan peluang untuk menipu atau manipulasi keputusan undi ???

Kalau ada pun penipuan, bab pengundi hantu ni... hantu Cina. 

So again, aku nak tekankan... PRU-14 mahu atau tidak, SPR WAJIB gunakan sistem biometrik yang amat ditakuti pembangkang !!!

Hanya cara itu je kita boleh kesan jika ada pengundi bukan warganegara yang gunakan IC orang yang dah mati tak berdaftar. (RUJUK SINI dan SINI untuk penjelasan lanjut)

Korang semua ada otak... gunakan sebaik mungkin...

Rasanya Pengerusi SPR pun ada otak, jadi gunakan sebaik mungkin juga.

Yang sebar fitnah ni memburukkan intergriti SPR, ambil tindakan tegas dan kerjasama dengan PDRM dan SKMM untuk tangkap dan hukum penyebar fitnah ni.

Kalau tak ada telor, gantikan dengan pengerusi SPR lain yang lebih berani !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??