Sunday, 19 May 2013

SAMBUTAN GEMPAK BUAT BELIA-BELIA MALAYSIA DI FESTIVAL BELIA 2013 !!! 23 - 26 MEI 2013 !!! JOMMM !!!



2013 akan menjadi tahun ke-3 bagi I4TT membuat liputan bagi acara sambutan yang paling besar dan gempak buat belia-belia.



Hari Belia Negara yang disambut setiap tahun di Negara ini bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi peluang kepada golongan belia mengekspresikan bakat dan kebolehan mereka kepada masyarakat melalui medium yang sepatutnya. 

Ia sejajar dengan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak yang menyeru generasi muda agar memaksimumkan kebolehan masing-masing kerana golongan belia adalah pemimpin masa depan Negara.

Majlis Perasmian Hari Belia 2013 pada 15 Mei lalu, telah diadakan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya dan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid Bin Mohamed bersama dengan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Encik Mohamed Maliki Mohamed Rapiee. 

Pemimpin belia dari kalangan exco MBM turut hadir memeriahkan majlis. 

Antara barisan Exco MBM yang hadir adalah Encik Low Eng Tack, Encik Nasrul Ahmad, Puan Wan Salwati Hj. Abdullah, Encik Mahendran a/l Nadason, Encik Mohd Aizad Roslan, Encik Hasnul Haniff Harun, Encik Mohd Faisal Abu Bakar, Cik Leong Fang Hui, Encik Nor Akmal Ibos, Encik Mohammad Rizan Hassan, Encik Mohammad Rizan Hassan dan Encik Choo Chung Tiong.

Dato’ Mohid dalam ucapannya turut melancarkan Festival Belia Putrajaya 2013 yang akan diisi dengan 30 segmen dan 500 acara itu memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??