Tuesday, 21 May 2013

ZAINAL ABIDIN BENGANG PEMBANGKANG SALAH GUNA LAGU HIJAU !!! SIAP KENA TIPU DERRR !!!



BUKAN semua artis suka bila lagu yang dinyanyikan oleh mereka digunakan sesuka hati terutamanya dengan tujuan yang tidak baik.


Mengeluh dengan situasi yang dihadapinya, penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu berbentuk flora dan fauna berjudul Hijau, Zainal Abidin, turut menerima kesan.

Menurutnya, dia tidak kisah sekiranya lagu itu digunakan untuk tujuan yang baik, tetapi tidak gemar sekiranya lagunya itu digunakan untuk tujuan politik kerana ia akan mewujudkan kebencian.

“"Saya sedar siapa yang banyak membantu saya. Saya berasal dari kampung. Banyak yang Barisan Nasional sudah bantu saya. Jalan raya, sekolah, semua mereka bantu."

"“Sebab itu saya tidak suka lagu-lagu saya digunakan untuk tujuan politik yang tidak betul terutamanya dalam kempen-kempen pihak pembangkang," jelasnya.

Bercerita mengenai pengalamannya, Zainal berkata, dia pernah terkena dengan tipu muslihat oleh pihak pembangkang dalam satu persembahan nyanyian.

“"Ketika itu ada pihak menjemput saya untuk mengadakan persembahan pentas, tetapi, bila saya tanya untuk siapa, mereka beritahu untuk rakyat.

"“Saya bersetuju kerana memikirkan ia adalah persembahan untuk rakyat.

"Tetapi, setibanya saya di sana, barulah saya menyedari bahawa ia sebenarnya adalah persembahan untuk program Pakatan Rakyat," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perkembangan terbaharunya, Zainal memberitahu, dia sedang dalam proses untuk menyiapkan album terbaharunya.

"“Sekarang ini sudah siap lebih kurang 2 buah lagu. Kali ini saya mengunakan elemen nasionalis sebagai bahan untuk lagu-lagu terbaru."

"“Antara lagu yang akan dimuatkan ialah Kamu, Alam, Tercipta Untukmu dan Jauhari. Kebanyakan lagu-lagu yang dicipta adalah untuk memberi sedikit peringatan kepada rakyat tentang apa yang telah dikecapi," jelasnya.

Menariknya untuk album terbarunya nanti, lagu berjudul Jauhari dicipta khusus untuk ditujukan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??