Sunday, 12 May 2013

DEMAM #PRU13 - KENA CEKUP BERMAKSIAT !!!


Khalwat: 'Kami tak buat apa-apa lagi'

Agaknya, diorang ni ingat semua pihak sibuk dengan urusan "after PRU" yang membolehkan diorang ni buat maksiat dan berani buat maksiat.


Mungkin disangkanya tak akan kantoi... 

Seorang pemuda memberi alasan tidak sempat untuk pulang ke rumah selepas bersia-siar sekitar bandar ini ketika ditahan bersama pasangannya di sebuah rumah tumpangan, semalam.

Dalam serbuan jam 3 pagi itu, pemuda berusia 20an berkenaan ditahan dalam keadaan mencurigakan bersama seorang wanita yang didakwa kawannya lingkungan usia sebaya.

“Betul ustaz! Kami baru saja masuk dan kami tak buat apa-apa lagi. Saya hanya temankan dia,” katanya cuba memujuk anggota  operasi daripada mengambil tindakan ke atasnya dan pasangan.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pemuda  berkenaan memberikan pelbagai alasan bagi mengelak daripada ditahan pihaknya.

Menurutnya, ketika pemuda itu sibuk memberi pelbagai alasan, pasangannya hanya mendiamkan diri dalam ketakutan.

“Pemeriksaan mendapati pasangan ini masih belum mempunyai ikatan perkahwinan dan juga berada dalam keadaan yang mencurigakan iaitu berkurung.

“Alasan yang diberikan antaranya menemani pasangannya tidur bersendirian nyata tidak boleh diterima kerana apa juga alasan diberikan, mereka masih belum mempunyai ikatan sah.

“Lelaki berkenaan yang berasal dari daerah ini, turut memberi alasan mereka mempunyai hubungan yang serius dan bercadang untuk mendirikan rumah tangga,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit  ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis  Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses  dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

“Jika sabit kesalahan, kedua-duanya berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. - SINAR


No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??