Tuesday 21 May 2013

NAIK SEWA IKUT SUKA MAK NENEK - LAGI PENIAGA MELAYU DIANIAYA !!! SIAPA RASIS NI ?!!



Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputra Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memantau penganjur bazar larut malam Downtown Cheras, di sini yang menaikkan harga sewa tapak niaga sehingga RM1,000 sebulan.



Presidennya, Datuk Rosli Sulaiman berkata, penganjur dilihat menyalah guna surat kebenaran yang diberi oleh DBKL untuk mengutip sewa bulanan.

"Mereka (penganjur) sepatutnya mengutip sewa sebanyak RM350 sahaja daripada peniaga. Tetapi apa yang dimaklumkan, penganjur sesuka hati menaikkan sewa dan menindas peniaga.

"Bagaimana peniaga nak menjana pendapatan jika keuntungan yang diperoleh digunakan semata-mata untuk membayar sewa. Saya fikir ini sudah keterlaluan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat bersama kira-kira 50 peniaga Downtown Cheras, di sini semalam.

Dalam mesyuarat itu, peniaga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penganjur dan berharap perkara itu diambil perhatian oleh DBKL.

Seorang peniaga, Yanti Tamin, 32 berkata, selain sewa dinaikkan sehingga RM1,000 penganjur turut meminta deposit dalam jumlah yang sama daripada peniaga.

"Kami dimaklumkan bahawa deposit sebanyak RM1,000 itu adalah wang pendaftaran. Namun ia tidak akan dipulangkan semula kepada kami, perkara itu benar-benar memberi tekanan kepada peniaga di sini.

"Malah, jika tiba bulan puasa dan hari raya, sewa tapak akan dinaikkan sehingga RM3,000," katanya yang berniaga tudung sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, rakannya, Khairul Johari Mohd. Dani, 32, berkata, penganjur akan menutup gerai jika lewat membayar sewa.

"Jika lewat sehari pun, tanpa budi bicara mereka akan tutup gerai kami.

"Selain itu, kami juga dipaksa menandatangani dokumen yang mengatakan persetujuan kami untuk membayar sewa sebanyak RM1,000 serta membayar sewa mengikut kadar yang mereka tetapkan pada bulan puasa dan Aidilfitri," katanya.

Dalam pada itu, Rosli berkata, pihaknya akan menghantar memorandum mengenai perkara tersebut kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan DBKL dalam masa terdekat.

"Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera kerana bimbang jika dibiarkan peniaga Melayu tidak mampu untuk meneruskan perniagaan mereka di sini.

"Malah, jika dilihat kini sudah ada peniaga luar yang berniaga di sini," katanya. - UTUSAN



2 comments:

  1. Mana Pakatan PkR dan Pas....mengapa tak buat aduan kat sana....kata nak bantu Melayu...
    Kerajaan zalim..mana nuor...mana nik aziz...

    Peniaga cina kena berapa...entah entah bayar murah...Rafizi drpd hang melalak lebih baik..tu semuakan kawan hang....

    Tengok semua Melayu pkr dan pas...semua ada matakan belum lagi berkuasa....

    Pas berkata....nonono tidak zalim..nanti kami islamkan mereka

    Pkr berkata....nonono tidak zalim..itu salah UMNO

    ReplyDelete
  2. Itu dah melanggar aturan...lesen penganjur boleh dicabut...harus tegas...cabut aje lesen penganjur

    Kalau mereka boleh berdemo...kenapa anda tidak melakukan perkara yg sama...pegi depan office mereka..panggil nuor..panggil pas bela org Melayu...kata kerajaan zalim

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??