Saturday 18 May 2013

PELAKON SHAH JASZLE DITANGKAP KHALWAT !!!


Shah Jaszle ditangkap khalwat-jennyezra

AGAK menggemparkan industri hiburan tanahair bila sebuah portal berita menyiarkan berita penangkapan seorang pelakon lelaki terkenal tempatan yang didakwa berdua-duaan dengan seorang gadis 21 tahun di dalam sebuah unit Apartment Taman Sri Subang.



Tangkapan dijalankan oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada jam 3.30 pagi Khamis.

Dikhabarkan bahawa pelakon yang berusia 25 tahun itu telah bertunang pada Disember tahun lepas, namun beliau bukan ditangkap khalwat bersama tunangnya sebaliknya dengan gadis lain.

Menurut portal berita yang menyiarkan berita penangkapan ini, pelakon lelaki ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja.

Ada sumber-sumber yang memberitahu penulis bahawa kediaman terbabit adalah milik kepada rakan pelakon berkenaan dan menurut sumber tersebut, ketika serbuan dibuat terdapat satu lagi pasangan namun selepas pemeriksaan mendapati mereka pasangan suami isteri yang sah.

Pelakon lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya didalam bilik berasingan didalam apartment yang sama.

Sumber turut memberitahu bahawa tunang kepada pelakon terbabit telah datang sendiri ke Pejabat Agama Islam Selangor bagi proses ikat jamin.

Namun, siapakah pelakon lelaki tersebut ?

Akhirnya misteri siapa pelakon yang ditangkap berkhalwat disahkan sendiri oleh JAIS.

JAIS mengesahkan pelakon filem Azura, Mohd. Shahrizal Jaszle Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle ditahan oleh pihak berkuasa itu pada awal pagi Khamis.

“Penahanan Shah Jaszle berdasarkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah negeri Selangor 1995 iaitu lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya dan sebaliknya.

“Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

[ SUMBER ]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??