Wednesday 22 May 2013

GADIS FELDA INI KINI BANGKIT DAN MARA KE EVEREST SELEPAS GAGAL !!! SEMANGAT KENTAL !!! #FELDA #KE7B


Enam pendaki termasuk empat daripadanya yang merupakan anak peneroka Felda (termasuk seorang wanita), akhirnya berjaya disahkan telah menawan ‘bumbung dunia’, Gunung Everest pagi semalam.



Mereka ialah Mohd Nasuha Shamsuddin (Felda Tersang), Mohd. Aysraf Halim (Felda Lok Heng Timur), Mohd. Hafizuddin Ibrahim (Felda Chini), Myrza Fasha Md. Hamyrudin (Felda Tersang), Muhammad Illaham Ishak dan Zainuddin Lot.

Ekspedisi yang mengambil masa selama 50 hari itu turut disertai tujuh pendaki sokongan daripada kalangan anak peneroka Felda dan lima pendaki daripada KE7B.

Bagaimanapun, Ketua Ekspedisi, Siti Hanisah Sharuddin dari Felda Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan gagal untuk sampai ke puncak, semalam.


Beliau tidak dapat meneruskan langkah setelah berjaya sampai pada ketinggian 8,748 meter di kawasan yang dikenali sebagai South Summit.

Sayang… Hanya tinggal 148 meter sahaja lagi untuk beliau menawan puncak.


Beliau tidak dapat berbuat demikian apabila diserang penyakit akut gunung (AMS) yang berpunca daripada kekurangan oksigen apabila seseorang memanjat ke kawasan yang tinggi lebih pantas daripada kemampuan tubuh untuk membiasakan diri.

Namun hari ini, maklumat terbaru yang baru diterima, Siti Hanisah kini bangkit dari kegagalannya.


Pendaki wanita yang juga ketua ekspedisi tersebut yang gagal ke puncak Everest semalam, mengambil keputusan untuk tidak turun ke Kem-4.

Selanjutnya... BACA SINI...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??