Thursday, 16 May 2013

SI PUDIN NI SAMA BENGONG JE DENGAN SI CHRISTOPHER LIM MENIPU ORANG MELAYU !!! #PRU13 #BetterNation



Zairil Christopher Lim atau nama glamournya, Zairil Khir Johari cuba menggambarkan bahawa Melayu tidak akan terancam dek kuasa DAP ketika berwacana politik bersama-sama seorang lagi pemikir ‘New Politic’ Melayu, Saifuddin Abdullah yang telah ditolak oleh para pengundi di Temerloh, anjuran sebuah akhbar yang dimiliki oleh penyokong tegar PKR.



Pemikiran Christopher Lim itu amat selari dengan pemikiran Saifuddin Abdullah dan tidak mengejutkan apabila kedua-duanya cuba menggambarkan bahawa Melayu-Bumiputera akan terus kekal di Malaysia kerana adanya Perlembagaan yang melindunginya dan Raja-Raja Melayu pula merupakan sebahagian daripada sistem tersebut yang akan memantapkan lagi perlindungan kepada Melayu.

Kata Christopher Lim, “Dari segi undang-undang, semua kedudukan keistimewaan hak orang Melayu adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun termasuklah parti DAP.” (BACA DI SINI)

Sekali imbas, memang betullah seperti yang dikatakannya. 

Memang hak keistimewaan Melayu, bahkan Raja-Raja Melayu itu sendiri telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. 

Bagi yang tidak mempunyai otak, pastinya akan mudah terpengaruh dengan pembohongan manusia berlidah biawak seperti Christopher Lim yang juga merupakan ADUN Bukit Bendera.

Anak Cina itu tidak berlaku jujur sepertimana yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin DAP yang lain !

Kalaulah isu hak keistimewaan Melayu dan Raja-Raja Melayu tidak boleh dicabar atau digugat, mengapa agaknya DAP terutama sekali menerusi mulut Lim Kit Siang, pemimpin Supremo DAP bersungguh-sungguh pula mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera, bahkan menyamaratakan Islam dengan agama-agama lain di negara ini, selain mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan amat menentang Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan ?

Kalaulah benar Perlembagaan Malaysia dan peruntukan istimewa berkenaan tidak boleh dihapuskan, mengapa DAP dari tahun 1964 sehingga sekarang, tidak pernah menghapuskan perjuangan MALAYSIA MALAYSIAN mereka ?

Memang benar, Melayu tidak akan hilang dari Malaysia. 

Ia samalah seperti Arab tidak hilang dari bumi Palestin dan jumlah mereka pula adalah majoriti berbanding kaum pendatang yang kebanyakannya datang dari Armenia dan Russia serta seluruh pelusuk Eropah dalam label Zionis dan Yahudi.

Namun, Melayu akan jadi seperti ratusan juta orang bangsa Arab yang ditekan oleh 16 juta kaum Zionis yang dibantu oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu Eropah mereka seandainya DAP dibiarkan berleluasa dan orang Melayu pula mudah termakan umpan yang dipasang sepertimana yang dinyatakan oleh Christopher Lim yang menggunakan nama Melayu.

Apatah lagi persekongkolan DAP dengan DAJAL LAKNATULLAH dengan nama sebenarnya, Anwar Ibrahim, telah mendekatkan lagi tempoh untuk Melayu-Bumiputera dan Islam di negara ini berakhir.

Si pembohong seperti Christopher Lim, sama sekali tidak akan menceritakan yang Perlembagaan Malaysia sebenarnya boleh digubal dan diubah dengan persetujuan majoriti dua pertiga Ahli-Ahli Parlimen.

Bukankah pada tahun 2008, apabila DAP menjadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, perkara pertama yang diisytiharkan oleh Lim Guan Eng adalah penghapusan hak istimewa Melayu-Bumiputera di negeri itu. 

Dan untuk menyatakan bahawa Melayu di Pulau Pinang tidak mempunyai hak sebagai Melayu, mereka dikategorikan sebagai MAMAK

Dan MAMAK bagi Lim Guan Eng dan para pecacainya, tidak mempunyai hak sebagai Melayu sungguh pun Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Melayu itu adalah beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu pada sepanjang masa.

Dek kerana mahukan dua pertiga majoriti dan kemudian mengubah apa yang mereka sangat benci, DAP bersekongkol dengan Anwar Ibrahim dan kumpulan yang menjadi musuh utama mereka sebelum ini, PAS.

Mengapa hal tersebut tidak diterangkan oleh Christopher Lim ? 

Mengapa perlu dia mengatakan bahawa Melayu di Malaysia tidak akan hilang, walhal kehilangan hak dan keistimewaan di tanahair sendiri, lebih besar malapetakanya berbanding kehilangan bangsa seperti yang cuba dilakukan oleh Zairil Christopher Lim sendiri.

Dan percayalah, orang seperti Christopher Lim, apabila bangsanya iaitu Cina sudah berjaya merampas tampuk pentadbiran negara dan berjaya pula menghapuskan Artikel 152 dan Artikel 153 dengan bantuan Anwar Ibrahim, PKR dan PAS, Christopher Lim tidak akan lagi menggunakan nama Zairil Khir Johari, sebaliknya akan lebih bermegah dengan namanya, Christopher Lim kalau pun tidak menggunakan nama Cinanya !!!

[ SUMBER ]


1 comment:

  1. Dia ni agama apa.... Kalau Islam belum cukup ajaran....kematian menanti anda..

    Apasal UMNO tak heboh kat org dia dah ubah undang undang Melayu. Hoi pemimpin UMNO jgn na syok aje duduk kat atas...ada cina peduli tak undi langsung..tak perlu jaga cina laknat...tengoktu kecik lagi dah kurang ajor

    Org Melayu yg dah tau masih bodoh bersekutu dgn cina dajal. Nak tunggu semuanya hancur.. Nak keluarga hang murtad semua...mudah laluan murtad

    Melayu Islam sedorlah...pemimpin pkr walaupun melayu tapi imannya tipis. Pemimpin pas...kamu telah membawa Melayu penang bertambah derita sebangsa seagama.

    Melayu dan Islam digadaikan. Parti roket dan cina laknat didulukan. Ulamak apakah anda??????????

    Derita Melayu Islam penang akan dikongsi bersama anda di kubur. Tanggung dosa kutip dosa.


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??