Tuesday 21 May 2013

BUANG BAYI - JANIN DITEMUI DALAM MANGKUK TANDAS !!! NEGERI SERAMBI MEKAH !!!



Satu janin manusia dipercayai berusia 10 minggu ditemui dalam sebuah mangkuk tandas asrama persendirian yang didiami sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Jalan Kebun Sultan di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata dalam kejadian 1.30 petang itu, seorang pekerja lelaki asrama menemui janin seberat 10 gram dan sepanjang kira-kira lima sentimeter bersama sehelai seluar dalam.

“Pekerja itu kemudian menghubungi majikannya sebelum majikan tersebut membuat laporan polis. Siasatan oleh Unit Forensik mendapati kematian janin tersebut kerana keguguran,” katanya ketika dihubungi Isnin.

Beliau berkata sehingga kini, suspek masih belum dikenal pasti dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan keguguran yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Asrama yang terletak di bangunan sebuah hotel itu mempunyai 10 bilik tidur, dua bilik air dan sebuah tandas, didiami pelajar perempuan yang menuntut di beberapa IPT berhampiran, katanya. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??