Monday 20 May 2013

GADIS 17 TAHUN DIROGOL BERGILIR-GILIR DI NEGERI SERAMBI MEKAH !!!


Rogol

Akibat terlalu percaya kepada teman lelakinya, seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah ini dirogol secara bergilir-gilir oleh enam lelaki dikenali termasuk kekasihnya sendiri, dalam kejadian di Kampung Tok Akil di sini Jumaat lalu.



Sebelum kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah pada jam 1 pagi mengikut teman lelakinya ke rumah datuk salah seorang rakan kekasihnya itu di Kampung Tok Akil di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan selepas menemani teman lelakinya itu dan kemudiannya dirogol bergilir-gilir.

“Hasil laporan awal yang diperoleh dari pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor, terdapat kesan koyakkan baru pada kemaluan mangsa.

“Selepas menerima aduan daripada mangsa, pihak polis terus melakukan serbuan di kampung terbabit dan berjaya menahan enam lelaki berumur antara 17 hingga 18 tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Azham berkata, kesemua suspek yang ditahan merupakan bekas pelajar tingkatan lima yang juga merupakan sekolah mangsa berkenaan.

“Kes terbabit disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) untuk tindakan lanjut,” katanya. – Sinar Harian


2 comments:

  1. Saya tak faham kenapa keluarga gadis membiarkan dia keluar rumah jam 1 pagi. Tak kiralah dgn sesiapa pun kecuali ibubapa sendiri. Nothing good happens late at night.

    ReplyDelete
  2. haa..percaya lagi kat teman lelaki...itu lah padahnya....kejadian berlaku di mana? kelantan!!!so kesimpulannya....jangan keluar rumah pada tengah2 malam..ikut kekasih tu pula nak wat apa...x kan lah x leh fikir akan akibatnya!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??