Tuesday, 21 May 2013

MAMPUKAH @Zahid_Hamidi BERTINDAK TEGAS SEPERTI TOKOH KDN TERDAHULU, TUN DR ISMAIL ?!! #BetterNation



Kenyataan-kenyataan keras daripada Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri yang baru, sedikit sebanyak membuka ruang keamanan kepada rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan kerenah Pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. 


Semenjak Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara menerusi ‘technical faulty’, negara ini tidak pernah aman walau sedetik pun.

Dari semasa ke semasa, Anwar Ibrahim cukup kreatif mencipta kekacauan dalam usahanya untuk menjadi manusia paling berkuasa di Malaysia. 

Tidak sepicing masa yang dibazirkan oleh Anwar Ibrahim bagi menyemarakkan kemarahan rakyat Malaysia khususnya para penyokongnya kepada kerajaan Barisan Nasional.

Satu persatu fitnah diatur dengan kemas walaupun dengan menggunakan fakta yang bercanggah. 

Ketaksuban dan kebodohan para pengikutnya dengan mempercayai bulat-bulat segala cerita fitnah karangan Anwar Ibrahim dan konco-konconya dengan bantuan cerdik pandai Zionis yang menjadi kuasa sebenar di belakang Anwar, menjadi aset paling besar kepada Anwar Ibrahim.

Mungkin sebelum ini, kaedah berlembut akan memperlihatkan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional amat terbuka dan tiada takut akan segala fitnah. 

Namun fitnah-fitnah yang ditabur tanpa sebarang sanggahan, atau sengaja dibiarkan dengan harapan fitnah tersebut akan mati dengan sendirinya, menyebabkan perangai Anwar Ibrahim semakin menjadi-jadi.

Penyusunan Kabinet baru dengan Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri dan berganding pula dengan Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara, nampaknya sedang menjanjikan sesuatu. 

Kurang memberi amaran seperti menteri terdahulu sebaliknya dengan kenyataan keras, Zahid Hamidi mula menyakitkan hati para pecacai Pakatan Rakyat.

Terbaru ialah apabila Zahid Hamidi secara berterus-terang menyelar portal berita yang mendapat pembiayaan daripada George Soros, MALAYSIAKINI. 

Sebelum ini, perasaan tidak puas hati terhadap portal yang sangat berpihak kepada Anwar Ibrahim dan DAP itu, sekadar cakap-cakap di belakang. 

Tidak ada mana-mana pemimpin Barisan Nasional yang berani menyanggah secara berhadap-hadapan.

Hari ini, Zahid Hamidi telah membuktikan sesuatu. 

Dengan kenyataan keras terhadap wartawan-wartawan Malaysiakini yang sebelum ini amat bermaharajalela, Zahid Hamidi mula menunjukkan garis sebenar yang perlu dipatuhi oleh wartawan-wartawan portal berita tersebut.

Walaupun portal berkenaan tidak tertakluk kepada Akta Cetak, tetapi masih ada banyak akta lain yang boleh digunakan terhadap mereka, terutama apabila mereka memutarbelitkan berita semata-mata untuk memberi imej buruk kepada kerajaan yang memerintah. 

Sekurang-kurangnya SOSMA boleh digunakan memandangkan hasutan yang dibuat oleh portal tersebut boleh mengancam keselamatan negara.

Zahid Hamidi juga bercakap tentang tiga orang pemimpin Pakatan Rakyat yang terlibat dalam Serangan Lanun Sulu di Lahad Datu. 

Walau bagaimanapun, nama-nama para pemimpin tersebut tidak disebutkan bagi mengelakkan gangguan ke atas kes berkenaan. 

Bagaimanapun, kertas siasatan dengan ketiga-tiga nama pemimpin Pakatan Rakyat tersebut telah diserahkan kepada Peguam Negara.

Himpunan 505 yang sebelum ini diisytiharkan oleh penganjurnya termasuklah tenaga utamanya seperti Haris Ibrahim, Hishamuddin Rais bahkan Adam Adli sebagai kaedah menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional menerusi rusuhan dan demonstrasi, kini telah diberikan alasan yang lebih baik. 

Para pecacai Pakatan yang mula melihat himpunan tersebut tidak mampu menjadi gelombang besar untuk menjatuhkan Barisan Nasional, kini menyatakan bahawa himpunan berkenaan hanyalah sekadar himpunan biasa dan tidak bertujuan pun untuk melakukan huru-hara.

Barangkali penangkapan Adam Adli yang dalam majlis memperingati 13 Mei 1969 begitu lantang mencabar pihak polis menangkapnya, membuatkan masing-masing mulai terfikir bahawa mereka tidak akan ke mana-mana dengan semangat kosong sebegitu. 

Ditambah pula dengan kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat sendiri, terutamanya dari kalangan PAS, melihat tindakan Anwar Ibrahim menghimpunkan para penyokongnya sebagai tindakan personal dan tiada kena-mengena pun dengan perjuangan parti mereka. 

Apatah lagi, cubaan berbohong dengan menyatakan kononnya SPR menipu dan Pengundi Hantu, nampaknya berbalik ke dahi Anwar Ibrahim dan DAP memandangkan mereka tidak dapat membuktikan walau satu pun daripada tuduhan yang dilemparkan.

Dalam keadaan sekarang, rakyat Malaysia sebenarnya tidak mahu lagi mendengar sebarang amaran mahupun kenyataan keras tanpa sebarang tindakan seperti yang menjadi kelaziman selama ini. 

Sebaliknya kerajaan dan Zahid Hamidi sendiri, diharapkan dapat membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa keselamatan dan keamanan negara ini merupakan perkara utama yang perlu dilakukan, dengan sebarang cara dan dengan sebarang kos !

[ SUMBER ]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??