Wednesday 15 May 2013

#UMNO BOLEH DIJAHANAMKAN OLEH INDIVIDU GILA KUASA !!! @NajibRazak #Transformasi #BN



Salam semua...


Lewat petang ni, aku nak kongsikan sesuatu yang agak menarik yang pernah aku tempuhi didalam UMNO sendiri...

WA tahu UMNO semakin KUAT.. dek sokongan orang-orang Melayu semakin bertambah berbanding PRU12. 

Akan tetapi...bila dah namanya orang Melayu.. pasti ada segelintir yang memegang kuasa menjadi PELUPA.

WA balik ke kampung halaman WA untuk mengundi baru-baru ni... 

WA terkejut mendapat tahu segelintir rakan-rakan sepermainan waktu WA gila-gila remaja dulu telahpun beralih arah menyokong PKR.

WA bertanyakan apakah sebabnya dalam mencari sebuah kepastian. 

Kerana mereka-mereka ini adalah pergerakan aktif dalam Belia 4B sebelum ini. 

Dan jawapan yang WA dapat agak mengejutkan...


"Mana keAHLIan UMNO kami???! Borang dah dihantar DAH LAMA DAH kepada KETUA CAWANGAN!"

WA pada mulanya tergelak kecil... masuk PKR hanya sebab tak dapat jadi ahli UMNO..? Kih Kih Kih...

Kemudian sedikit demi sedikit memandang perkara ini sebagai satu perkara yang serius. 

Mengapa agaknya terjadi begini?

Korek punya korek.... WA dapat... rupanya ada pertandingan kecil dalam merebut jawatan sebagai KETUA CAWANGAN UMNO.

Anak-anak muda yang dulunya bergiat dalam Belia 4B di sana rupanya adalah penyokong kepada salah seorang calon  baru yang dikatakan akan bertanding merebut jawatan Ketua Cawangan Umno di sana.

Memandangkan calon berkenaan berpotensi mengambil alih jawatan sebagai Ketua Cawangan yang baru... 

Sipolan yang masih menyandang jawatan tersebut telah bertindak menafikan hak belia-belia di cawangan berkenaan daripada menjadi Ahli UMNO yang sah dan berhak MEMILIH Ketua Cawangan yang mereka mahukan untuk tempat mereka.

See...? 

Inilah antara puncanya anak muda beralih arah. 

See...? 

Ini serius....WA pasti... 

UMNO tidak didedahkan dengan perkara sebegini. Kerana jika UMNO mendapat tahu ada perkara sebegini... 

Ketua Cawangan berkenaan mungkin akan dikenakan TINDAKAN TATATERTIB

WA duduk di kedai kopi bersama beberapa anak muda yang telahpun menjadi PRO PKR atas dasar pernah menjadi sahabat sedari kecil. 

WA tidak marah kepada mereka... cuma WA lontarkan nasihat kepada mereka....


"Beralih arah menyokong PKR tidak akan menyelesaikan masalah pimpinan yang telah membuat salahlaku. Mengapa perlu membiarkan dia (Ketua Cawangan) terus MENANG dan BERMAHARAJALELA dengan KORUPSI dan mengUTAMAKKAN KRONI?
Sebagai anak muda, sepatutnya kalian mengambil inisiatif sendiri. 
Mohon bantuan dari UMNO Pusat untuk menjadi ahli yang sah dan berhak memilih. 
Sebab bilamana kalian masuk PKR.... kalianlah yang RUGI dan KALAH kepadanya. 
Sedangkan dia terus boleh berkuasa dan mengutamakan barisan kroninya.. 
Apa sahaja yang tinggal untuk kalian? 
Tulang? Pasir?... 
Ruginyalah kalau kalian masuk PKR sedangkan PKR takkan menang LANGSUNG di kawasan berkenaan...apatah lagi untuk membantu kalian...
WA ingatkan.. jangan hanya kerana sikap segelintir individu pemimpin yang BUSUK MACAM BANGKAI BERULAT... sehinggakan kalian BUANG parti keramat (UMNO) yang membela Agama, Bangsa dan Tanahair. 
Sepatutnya kalian berikthiar bagaimana untuk BUANG DIA... jadi HERO dan selamatkan masyarakat setempat.. bukan BUANG UMNO dan kemudiannya masuk PKR... maaflah WA sebut... itu BACUL namanya. Kerana kalian mati sebelum BERJUANG."

Di akhir perbualan berkenaan... WA berasa agak senang apabila mendengar salah seorang dari mereka berkata.. 


"Terima kasih.... akhirnya aku ada reason nak masuk dan berjuang di dalam UMNO"

WA tak mintak lebih... hanya semangat inilah yang WA perlukan... 

Waris Amp : WA ahli UMNO... kepincangan harus diperbetulkan... jangan bicara soal AKIDAH jika kau pun melanggan GRO... puiiii....

Aku cuma ambil sebahagian sahaja, kalau korang nak baca artikel penuh, KLIK SINI lah ye...

Perkara sebegini sebenarnya pernah aku lalui, bukan di 1 cawangan sahaja.

Ketika aku mula-mula cuba nak menyertai UMNO kerana ingin mengikut jejak langkah perjuangan Ibunda tercinta yang kini Veteren UMNO, ketika itu aku berada dalam sektor Korporat dan memegang jawatan agak tinggi.

Aku mendaftar diri di sebuah cawangan di dalam negeri Selangor memandangkan aku bekerja dan menetap di Selangor.

Berkali-kali isi borang tapi ahlinya tidak juga.

Malah aku siap bertukar-tukar cawangan masa buat permohonan tu.

Tapi, masih sama juga.

Aku suarakan kepada seorang sahabat bila aku balik ke kampung bercuti.

Jawabnya ringkas, "borang ko masuk tong sampah lah tu...".

Aku agak keliru mulanya.

Kemudian sahabat aku sambung lagi, "Ko tengok la diri ko, education ada, kerja gah, mau depa tak takut ko ambil alih jawatan diorang...".

Kemudian aku cuba pula sertai UMNO di tempat kelahiran aku.

Disana aku diberikan jawatan dalam parti.

Tapi, yang agak kelakar 2 tahun kemudian aku check di UMNO pusat, aku bukan ahli UMNO !!!

Tergelak aku depan petugas UMNO tu.

Tapi, Alhamdulillah... 

Berkat kesabaran aku, berjaya juga aku menjadi ahli UMNO dengan bantuan UMNO Pusat.

Kepada anak-anak muda yang mahu menyertai UMNO tetapi disekat di peringkat cawangan atau bahagian, janganlah cepat berputus asa.

Dapatkan bantuan di UMNO Pusat (PWTC), Menara Tun Hussein Onn.

Kat tepi guard ada kaunter, daftar je kat sana.

Kepada UMNO, peka dan prihatinlah bila aduan-aduan diajukan oleh anak-anak muda ni.

Ambil tindakan keras dan tegas kepada yang berkenaan tu, ajar mereka yang GILA KUASA ni cukup-cukup.

Parti UMNO ni bukan milik individu dan bukan hak eksklusif sesiapa, tetapi parti UMNO ini adalah milik orang Melayu/Bumiputera !!!


5 comments:

  1. Betul apa yg dinyatakan perkara seperti ini juga berlaku pada diri saya pada pemilihan UMNO salah satu cawangan di Parlimen Katereh dalam pemilihan tersebut saya dipilih tapi apa yg jadi saya dibuang begitu saja org yg kalah diangkat menjadi Ketua Cawangan

    ReplyDelete
  2. Ambo nok tanyo,,,apakah fungsi Biro Tatanegara (BTN) dlm membantu kjaan mnyampaikan & menangkis dakyah2 yg dilemparkan pakatan rakyat. Sejauh manakah warga BTN benar2 mendokong dasar2 kerajaan.. Adakah warga BTN benar2 'orang bn' & jauh drpd terlibat dgn unsur2 sabotaj kjaan barisan nasional.. jgn sampai BTN benar2 menjadi sebuah Biro Tendang Najib...

    ReplyDelete
  3. hai melayu ni tak habis-habis dengan gila kuasanya . sepatutnya politik berpuak ini dihindari . perlu menyokong dan mengangkat mereka yang benar-benar ikhlas demi agama, bangsa dan negara . di mana-mana masalah serupa berlaku , apakah UMNO mampu bertahan untuk 5 tahun lagi jika perkara begini tidak diambil tindakan sewajarnya . apa nak jadi dengan melayu yang tinggi dengan "PHD" nya .

    ReplyDelete
  4. KENYATAAN DIATAS ADALAH BETUL DAN BERLAKU DI SEMUA CAWANGAN DAN BAHAGIAN UMNO. INI JUGA MENJADI SATU SEBAB ANAK MUDA TIDAK DAPAT MENJADI AHLI UMNO. KETUA CAWANGAN DAN KETUA CAWANGAN MENJADI PENGHALANG ORANG RAMAI MENJADI AHLI UMNO. UMNO PATUT BUAT SESUATU JIKA MAHU MENARIK RAMAI AHLI ATAU PINDA KEPADA SYSTEM DAFTAR TERUS ONLINE KEPADA HQ. TUGAS HQ MENGHANTAR SALINAN KEAHLIAN KEPADA BAHAGIAN/CAWANGAN.

    ReplyDelete
  5. Setuju sangat dgn nasihat penulis diatas. Bersatula wahai Melayu, sama2 la kita perbetulkan mana yg salah dan bukan menyalahkan UMNO. Mana2 parti pun ada gila kuasa & pilih kroni. Kalau Melayu bersatu UMNO,PKR&PAS, insya allah banyak agenda orang2 Melayu&Islam dapat ditingkatkan. Ingat....Melayu bersatu bukanlah atas sikap "racist" atau untuk bergaduh dgn kaum2 lain, Kita Melayu ni tak pernah menindas kaum2 lain tapi hak2 kita sebagai Melayu/Islam yg dah sedia ada akan hilang sekiranya Melayu berpecah dan Lupa Diri. Kat internet ni banyak penulisan yg nak memecahkan org Melayu dan yg sedihnya org Melayu juga yg menjatuhkan dan memburukkan org Melayu sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??