Friday, 23 December 2011

GEMPAR !!! BANTUAN ISTANA DIRAYU BAGI MENGHALANG AGENDA PERANGI ISLAM !!!



Memorandum Bantah Kerajaan Pas Kedah Roboh Madrasah, Ganti Kompleks Beli Belah


ALOR SETAR 23 Dis – Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di sini akan menghantar memorandum kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak lama lagi bagi membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan madrasah itu.




Pengerusi jawatankuasa tersebut, Mansor Ahmad berkata memorandum itu akan dihantar bagi menghalang pihak pemaju dan kerajaan negeri merobohkan madrasah berkenaan untuk dibangunkan sebagai pusat membeli belah.

“Kita akan menghantar memorandum tersebut selepas kita selesai mesyuarat bersama jawatankuasa madrasah dan kemungkinan besar kita turut akan menghantar memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penubuhan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di sini hari ini.

Beliau berkata madrasah yang dibina pada tahun 1905 itu sepatutnya dijaga dan dibangunkan selaras dengan kemajuan negeri, bukannya dirobohkan.

“Kerana itulah kami menubuhkan jawatankuasa ini suapaya kami dapat bertindak dalam mempertahankan madrasah yang berusia lebih 100 tahun,” katanya.

Mansor berkata jawatankuasa itu kini dianggotai 200 ahli dan sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli boleh menghantar nama dan nombor telefon ke talian 011-14717736 atau emel kepada savemadrasah@yahoo.com.

“Keahlian bukan sahaja dibuka kepada rakyat Kedah, tetapi sesiapa jua yang berminat tidak kira berada di negeri mana boleh turut menjadi ahli,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata sepatutnya madrasah itu dipertahankan, bukannya dirobohkan dan digantikan dengan surau baru di pusat membeli belah yang akan dibina.

“Jika madrasah ini dirobohkan dan digantikan dengan surau di pusat membeli belah, ia sudah tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan di surau itu. Sepatutnya kerajaan negeri perlu menggunakan peruntukan yang diberikan untuk membangunkan semula madrasah ini dengan wajah baru seiring dengan pembinaan hotel dan pusat membeli belah di sebelah madrasah ini.

“Lagipun tapak madrasah ini telah diwakafkan untuk pembinaan surau. Jadi tindakan kerajaan Pas untuk merobohkan madrasah ini dilihat tidak wajar,” katanya.

Katanya, beliau bukan hendak menolak pembangunan sebaliknya menyokong tindakan kerajaan negeri dalam membuat pembangunan di kawasan itu tetapi bukan dengan merobohkan madrasah yang sudah berusia lebih 100 tahun.

“Saya rasa agama lain pun tidak akan setuju jika rumah ibadat mereka dirobohkan,” katanya.

Sumber : UMNO Online


Psssttt... Kedah bukan PAS ke pegang ??? PAS ni pejuang Islam ke kapir laknatullah ???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??