Tuesday 20 December 2011

MY BELOVED TUN M : HAPPY 86th BIRTHDAY !!!



Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, dilahirkan pada 20 Disember1925. Beliau amat popular dengan gelaran "Dr. M" dan nama pena beliau adalah Che Det. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. 

Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaik beliau adalah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang berani dan sangat tegas. Ketegasan beliau mampu menundukkan kuasa-kuasa besar dunia. Keperibadian beliau yang telus dan suka berterus-terang amat dikagumi. Kerana itu, dunia amat menghormati dan mengkagumi beliau.

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. 

Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatan cemerlang beliau sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun. 


For the beloved fourth Prime Minister (Ex-PM), Tun Dr Mahathir Bin Mohamad... I4TT wish u prosperous and happiness... May Allah SWT always bless you...

Happy 86th birthday !!!

Malaysians love you Tun !!!

Anda kebanggaan Anak Malaysia !!!


2 comments:

  1. seronok jd Tun Dr Mahathir...ader 2 tarikh lahir...tp tarikh lahir dlm surat beranak beliau ialah 10 julai 1925...just nk share info shj...

    ReplyDelete
  2. terima kasih anon 22:01
    just nk share info juga.. zaman dulu x canggih mcm skrg... beliau lahir 10 July 1925... tp pendaftaran sah didalam surat beranak dia adalah 20 Disember 1925... maklum.. zaman dulu teknologi x mcm skrg...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??