Wednesday, 21 December 2011

TERKINI !!! SISWA/I BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BERUK JALANAN UPSI DAN SMM YANG MENURUNKAN BENDERA PM !!!


Laporan polis yang telah dibuat melibatkan suara mahasiswa daripada Sekreteriat Suara Keamanan Mahasiswa yang bernaung di bawah Kumpulan Rakan Siswa Malaysia oleh Pengerusi SSKM, Muhamad Mukhlis Bin Maghribi. SSKM yang mempunyai rangkaian 18 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Mereka berhasrat untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka diatas tindakan biadap menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Malaysia oleh Solidari Mahasiswa Malaysia (SMM). Sekreteriat Suara Keamanan Mahasiswa merasakan tidakan SMM dan beberapa pertubuhan berhimpun bersama pada hari tersebut adalah tidak wajar.

Oleh itu, rasional laporan dibuat adalah lebih fokus kepada isu tindakan penurunan bendera dan perhimpunan yang dilakukan oleh SMM yang disifatkan biadap dan tidak mewakili keseluruhan Suara Mahasiswa Malaysia dan merasakan tindakan mereka perlu diselar. Bendera wajah Perdana Menteri telah digantikan dengan bendera SMM juga telah mendorong rakyat Malaysia terutama mahasiswa-mahasiswi berasa marah dan kurang selesa.

Empat tuntutan telah dibuat kepada pihak Polis untuk kembali menganalisa isu perhimpunan dan penurunan bendera tersebut:


  1. Menyiasat penubuhan SMM samada ia merupakan pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) ataupun berdaftar dengan mana-mana Persatuan di dalam Universiti mengikut peruntukan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.
  2. Menyiasat samada perhimpunan yang diadakan Di PWTC itu mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan PWTC atau tidak?
  3. Menyiasat samada perhimpunan yang dilakukan itu mendapat permit dari pihak Polis atau tidak?
  4. Tindakan menurunkan bendera wajah Perdana Menteri dilihat sebagai satu tindakan vandalisme dan ia merupakan satu kesalahan merosakkan harta benda awam.



THE MAJORITY SPEAKS !!! WELL DONE !!!

1 comment:

  1. ok...tunjukkan peraan anda. Adam tidak mewakili keseluruhan warga IPTA/IPTS.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??