Saturday 24 December 2011

PANAS !!! TALAM VS NFC !!!


Talam Corp: Pinjaman Berisiko Tinggi RM391 Juta & National Feedlot Corp: Pelaburan Hartanah RM10 Juta: Mana Lebih Lalai?




Tepat dua tahun lalu, November 2009, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengejutkan ramai pihak melalui tindakan beliau untuk membeli hutang Talam Corporation Berhad sebanyak RM391 juta.

Peruntukkan untuk tujuan tersebut diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor kepada Perbadanan Menteri Besar. Dalam erti kata lain, wang rakyat dikeluarkan untuk membeli hutang berisiko tinggi dari agensi-agensi serta perbadanan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad & Yayasan Pendidikan Selangor.

Talam Corporation Berhad pada waktu itu adalah syarikat PN17 dalam klasifikasi Bursa Malaysia, dalam erti kata lain, syarikat ini mempunyai posisi kewangan yang kurang elok sejak September 1, 2006. Pada waktu itu,, syarikat ini sudah pun gagal melunaskan hutang-hutang sedia ada.

Di dalam satu petikkan akhbar, Menteri Besar menyatakan hutang Talam Corporation Berhad kepada kerajaan negeri mencecah RM500 juta, tetapi bersetuju mengutip bayaran sebanyak RM391 juta sahaja. Kenapa diskaun 21% diberikan kepada Talam? RM109 juta rugi begitu sahaja atas nama "kompromi". Artikel tersebut boleh di baca di sini.

Pada peringkat ini sahaja, kerajaan Selangor telah pun rugi sebanyak RM109 juta dan merisikokan sebanyak RM391 juta lagi. Di dalam artikel yang sama, Menteri Besar menjanjikan hal tersebut akan di selesaikan dalam tempoh 3 bulan atau syarikat itu akan diambil tindakan undang-undang dalam seperti rampasan tanah dan pembubaran untuk menyelesaikan hutangnya.

Menurut beliau lagi, hutang tersebut berusia 10 tahun. Mengapa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan undang-undang terus tanpa merisikokan wang sejumlah RM391 juta. Sepatutnya wang itu digunakan untuk kebajikan rakyat dan bukannya untuk menyelamatkan kedudukan kewangan agensi negeri. Kenapa pihak pengurusan yang lalai dan cuai dalam hal ini tidak dihukum? Bukankah itu selalu dituntut Pakatan jika perkara sama dilakukan oleh BN

Sebuah syarikat yang gagal melunaskan hutangnya boleh dibubarkan oleh pemberi hutang dengan memohon perintah "winding up" dari mahkamah. Aset syarikat tersebut akan dilelong dan di jual untuk melunaskan hutang-hutang dan baki aset tersebut akan dipulangkan kepada pemegang saham syarikat tersebut. Menurut Akta Syarikat 1965, seksyen 218(2)sebuah syarikat yang gagal melunaskan hutangnya sebanyak RM500 atau lebih akan dianggap tidak mampu menyelesaikan hutang dan boleh dibubarkan untuk menyelesaikan hutang tersebut. Sebagai bekas pengurus korporat, Tan Sri Khalid Ibrahim sepatutnya ambil jalan selamat untuk mendapatkan semula hutang tersebut.

Setelah dua tahun berlalu, Kerajaan Negeri mengisytiharkan pembayaran hutang tersebut selesai, walaupun pada mulanya ia dikatakan "diberikan tempoh 3 bulan untuk diselesaikan". Kenapa tiada penalti dikenakan untuk bayaran lewat serta mengapa ia tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 3 bulan yang dijanjikan beliau?

Jika Kerajaan Selangor boleh lupuskan RM109 juta hutang sebuah syarikat berteraskan untung, mengapa kerajaan yang sama tidak boleh lupuskan hutang sebanyak RM 5 juta dari sebuah organisasi kebajikan seperti Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor? 


Seperti mana Pakatan Rakyat mempertikai tindakan National Feedlot Corporation dalam pelaburan mereka yang tidak berkaitan dengan portfolio perniagaan, soalan saya, bank manakah yang sanggup memberi pembiayaan semula kepada syarikat dengan kedudukan kewangan yang buruk sepertimana diambil oleh Tan Sri Khalid Ibrahim?

Laporan kewangan syarikat pada 31 Januari 2009 menunjukkan dengan ekuiti pemilik sebanyak RM394.5 juta, syarikat ini mempunyai hutang dan liabiliti sebanyak RM3.04 billion. Dalam erti kata lain, setiap RM1 dilaburkan dalam syarikat ini, kita terikat dengan hutang sebanyak RM7.70. Laporan kewangan dilampirkan dibawah.





Nampaknya, melaburkan RM10 juta dalam hartanah lebih teruk dari hilang RM109 juta dan mengambil pelaburan berisiko tinggi sebanyak RM391 juta. Jika Pakatan Rakyat mampu memperoleh keuntungan dari keputusan perniagaan berisiko, berilah peluang kepada National Feedlot Corporation untuk membuktikan kewajaran tindakannya dalam membuat keputusan pelaburan.


Research team I4TT (Nasri)



1 comment:

  1. agaknya Kerajaan Selangor bayar hutang Talam demi kepentingan rakyat yang rumah mereka terbengkalai ... hasilnya dah banyak projek perumahan Talam berjaya disiapkan dan ramai rakyat dapat rumah mereka.

    berbeza dgn RM 10 juta beli kondo .. 1 rumah untuk 1 orang. mungkin ikut slogan 1 malaysia kot

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??