Monday, 19 December 2011

REALITI : KECIK-KECIK DEMO JALANAN, DAH BESAR PENGEMIS JALANAN !!!

ANTI AUKU : Mahasiswa Melayu saja yang ghairah berpolitik


Vudeo : Komen Tun M mengenai AUKU & mahasiswa kini yang gila berdemo.


Rujuk semula buku "Dr. In The House" tulisan Tun M... Tun M tidak terlibat secara lansung dalam politik semasa zaman bergelar Mahasiswa. Kerana, bagi beliau, ia hanya 'discredit' kepada beliau. "Study first, politics come next"



Tian Chua menjadi co-ordinator demonstrasi. Kenapa tidak dikerahkan Mahasiswa bangsa dia ? Bijak... Anak Melayu di kerahkan untuk terpekik terlolong terkinja macam beruk buat demonstrasi tetapi anak Cina disuruhnya duduk diam-diam belajar persiapkan diri untuk masa depan.


Bodohnya anak Melayu yang terpengaruh ni. Masa depan menjadi sia-sia. Ada anak bangsa lain yang berdemo ??? Buka lah mata anak-anak Melayu oiii....


Disini I4TT nak berkongsi beberapa komen dari penuntut jurusan undang-undang dari UIA dan juga penuntut dari UITM..


--> Satu je persoalan yg masih dok berlegar difikiran ni. SEKIRANYA AUKU DIMANSUH ATAU DIPINDA DAN MAHASISWA DIBENARKAN BERPOLITIK. ADAKAH MAHASISWA PUNYA TEMPAT DAN AKAN DICALONKAN SEBAGAI CALON DIMANA-MANA DUN ATAU PARLIMEN??? MAHUKAH PAS,DAP DAN PKR MENYEDIAKAN KERUSI UNTUK MAHASISWA INI BERTANDING DI PRU AKAN DATANG NANTI??? ATAU HANYA JADI TUNGGUL HIDUP YANG HANYA JADI TIKET SOKONGAN SBAGAI BUKTI PAKATAN RAKYAT PUNYA PENYOKONG DARI KALANGAN MAHASISWA?? DATO' HASAN ALI YG WINABLE CANDIDATE PUN DIORG TERAJANG KLUAR DARI JADI CALON INIKAN PULA MAHASISWA, HERO DEMONSTRASI JALANAN! ~saya pernah tanya beberapa org kuat AMK akan perkara ini...mereka semua xda jawapan! hehehe

--> Okay sekarang bayangkan sekiranya AUKU dipinda dan mahasiswa dibenarkan berpolitik. Oleh demikian, mahasiswa bebas berkempen dan sebagainya. Apakah manfaat bagi perkembangan dari konteks jurusan mahasiswa itu di universiti? Apakah beza antara mahasiswa berpolitik dengan lepasan graduan yg berpolitik? sekiranya ada beza, adakah perbezaan itu menjadi halangan kepada mahasiswa itu menjadi penyokong sesebuah parti politik?? adakah apabila seseorang mahasiswa itu pengikut sesebuah parti politik, makanya mahasiswa itu WAJIB menyertai kempen politik?? Dimanakah tanggungjawab mahasiswa?? Quality akademik atau quality politik?

--> MAhasiswa sebenarnya bebas memberi pandangan atau kritikan politik. Itu fakta. Rasanya sudah ckup kebebasan yg diberikan dengan limitasi yg tertentu. Cumanya, mahasiswa tidak dibenarkan menjadi 'pengiklan' buat parti politik. Ini suatu usaha murni melalui AUKU. Mahasiswa perlu fokus agar pelajaran tidak terganggu. Mana mungkin mahasiswa dapat seimbangkan politik dengan pelajaran? Mahasiswa dididik untuk lebih "BUAT KERJA" melalui penglibatan dengan persatuan belia. Segala retorik serta hipokrit politik perlu dijauhkan selagi seseorang itu bergelar mahasiswa. Daripada mahasiswa menjadi pencacai politik, lebih baik mahasiswa berkhidmat kepada masyarakat. Gunakan ilmu dan kudrat yg ada untuk bantu rakyat melalui program2..lebih elok drpd demonstrasi. Dah grad n dapat ijazah nanti, hah masuk ler politik sampai terlungkup!!!

--> Mereka muda, punya idea dan mahu suara mereka didengar. Mereka juga lebih memlih tindakan agresif berbanding musyawarah atau syura. Mereka juga beranggapan bahawa golongan tua atau veteran tidak lagi relevan dan tidak selari dengan perjuangan orang muda. Pada saya mereka ada benar dan ada juga silapnya. Sekalipun kita org muda, lahir dalam generasi-Y, zaman millenium, sebagai seorang Islam dan Melayu khususnya, kita punya norma serta nilai hidup yg tinggi. Kita percaya kpd konsep "yg tua dihormati yang muda disayangi" saya mungkin antara mahasiswa yg tidak sependapat dengan mahasiswa yg gemar merusuh atau protes. Saya percaya, dalam menentukan masa depan negara, perlu ada kombinasi org muda dan org lama. Perlu ada rasa hormat dan sayang. Walaupun org muda punya ideologi berbeda, namun atas nama nilai seorng Islam dan Melayu, adab2 dan budaya perlu kita pelihara. Kejadian menurunkan bendera itu jelas menunjukkan mahasiswa kita hari ini sudah tidak punya adab. Saya kesal. Ada pihak kata ianya hanya bendera. Ya benar. Namun, atas dasar demokrasi yg mereka laungkan sendiri, mereka lupa, DS Najib Razak telah dipilih secara majoriti dengan mandat majoriti sbgai PM dan pemimpin negara kita. Sekiranya mahasiswa punya ideologi berbeza, namun atas nama persaudaraan ISlam dan bangsa Melayu, mereka perlu ada rasa hormat dan taat. Soal rasuah dan korupsi tidak perlu timbul kerana ianya adalah soal sebab mengapa mereka bersikap sedemikian. namun pada hakikatnya, atas sebab ketidak puasan hati, mereka bertindak diluar norma masyarakat Melayu Islam. Memalukan institusi pengajian mereka dengan lagak gaya seorang wira. Wahai sahbat mahasiswa sklian, percayalah, Islam tidak akan tertegak dalam negara yg huru hara, Islam tak akan tertegak dalam keadaan yg bencana, Islam akan hanya tertegak dlam keadaan perpaduan, taat pada pemimpin dan negara yg wujud didalamnya rasa sayang dan hormat menghormati. Sekiranya kita percaya ada sejuta tanggungjawab dibahu kita sebagai mahasiswa, nescaya apa yg kita cari tiada diatas jalan sana, tiada didalam laungan demonstrasi anda, tetapi ada di menara gading dan disitulah harapan ayah bonda. Moga amanah yg diberi ini tidak disalah ertikan oleh sahabat semua :)

--> Ada seorang sahabat marah pada saya dan kata; "Bro kerajaan BN hang zalim, tak jaga kebajikan rakyat! rakyat ditindas!"

saya tanya semula pada dia:
"Selama hang dok demonstrasi menentang kerajaan ni n tuduh kerajaan zalim, berapa kali hang pulak turun kat rakyat, bantu apa yg patut? berapa kali hang buat khidmat dengan jiran tetangga hang? Hang ingat kebajikan ni kerja kerajaan? kenapa nabi soh hang jaga hubungan 40 jiran kiri dan kanan hang? Kerajaan dengan pemimpin yg ada la ni banyak usaha untuk bg hang belajaq, bantu adik2 hang, berapa kali hang bagi tuition percuma kat org yg susah yg hang rasa kerajaan zalim dengan depa??"

Kawan td jawab:
"Sekali pun x pernah"

Saya jawab:
"Hang lagi zalim. Hang nampak semua tu tapi hang tak buat. hang plak pi demonstrasi dok susahkan org lain."

--> Anak melayu zaman hari ni perlu permainan macm zaman saya kecik2 dlu...main berudu kat tepi longkang, main gasing, racing basikal..sebab anak melayu la ni dah takde 'human touch'...apa yg depa nak mesti diikut..kalo x ikut, PROTES, kalo tak layan "DEMONSTRASI"...jangan terkejut kalau zaman akan datang, anak2 kecil dah pandai lari rumah dan biadab dengan mak bapak..sbab mak bapak masa zaman uni dulu sikit2 nak PROTES...skit2 nak DEMONSTRASI. bagi mereka apa yg baik di luar negara baik juga di Malaysia..tak sama yang oiii...

--> Kalu mansuh AUKU bagus juga,..bayor gaji lecturer RM1 boleh??? AUKU juga guideline Universiti bukan hanya untuk mahasiswa tetapi untuk pentadbiran universiti. Akta mengenai Mahasiswa hanya seksyen 15-17 je pun..yang lain semua penting untuk mahasiswa. Seksyen 15 tu pun ada perkara penting yg perlu kekal...antaranya apabila berkaitan 'wang program mesti masuk akaun universiti/mahasiswa dilarang kutip wang tanpa kebenaran"...dah jadi tradisi mahasiswa yg 'gila buat program' mark up duit program yg akhirnya unversirti tanggung hutang program student...haishh...yg kuat markup duit ni banyak puak PAS!!!!!!!!~saya mahasiswa x bole duk diam so saya arif benor masalah mahasiswa ni...skang dh pencen sbb nak grad dah! haha

--> Yg kelakarnya, mereka berjuang "Kebebasan Politik"..sambil melaungkan laungan tu, diorg minta support parti pembangkang...siap masuk universiti lg...MEREKA TAK SEDAR MEREKA SUDAH TERANG2 DIBERI KEBEBASAN. TAKDA LAGI KERAJAAN AMBIL TINDAKAN. MEREKA SUDAH LANGGAR AUKU SEBELUM AUKU DIPINDA. SO MAKNANYA MEMANG SUDAH ADA KEBEBASAN BERPOLITIK DI IPT. SO NAK BEBAS APANYA LAGI????????

--> Semasa bersembang dengan bekas AMK, dia kata, bila anwar keluar dari penjara tahun 2004, Anwar kata:
"Ada 4 perkara yg perlu kita fokus. Pertama, kemana sahaja ceramah,sentiasa sebut UMNO korup dan rasuah. Jangan sebut BN sbb kita mau org Cina India. Kedua, serang bukan pada PM tapi isteri PM dan anak2 PM (masa tu Pak Lah). Ketiga, main isu agama. Org Islam sensitif isu ni. dan yg paling penting, jaga budak2 UNIVERSITI, sebab mereka perisai hidup kita!"
Yang ke empat dia xmau bgtau...sbab dia kata yg ke-empat ni "fokus kat BERSIH" haha 

--> deme nak bangkah auku pasaipa~~~ selama neh ok ja disebabkan auku gak la menghasilkan graduan yg terkenal dimata dunia~~~ salah satu contoh, nordin mat top~~~ hahahaha~~~ then debaters dari UUM yg menang world debate championship, tu muqarrabbin, dr syeikh muzaffar~~~ dan ramai lagi~~~ so apa yg nak dimansuhkannya auku tu? supaya bole dok kibar bendera parti dalam kampus? apa parti bole buat utk masa depan student neh? bak kata pepatah melayu, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang lembu, mengembu~~~ maka, ikut je la undang² yg sedia ada~~~~


Diatas ini sebahagian komen-komen dari adik-adik kenalan di FB yang masih menuntut di UIA dan UITM. Kebanyakan komen dari penuntut UIA jurusan undang-undang.

Apa yang sebenarnya dicari budak-budak Mahasiswa Jalanan ini sebenarnya ??? Kerana jelas bukan hak yang mereka mahukan tetapi lebih kepada "marketing tool" pembangkang. Sayangnya anak muda Melayu alpa dan leka dari tanggungjawab. 

Namun begitu, masih ada lagi Mahasiswa bertanggungjawab seperti adik-adik yang memberikan komen-komen seperti di atas. Sebenarnya golongan berhaluan kiri ni hanyalah minoriti kerana majoriti adalah berhaluan kanan dan tidak "in to" politik. Alhamdulillah bersyukur I4TT bila ketahui masih ada sebahagian besar lagi (majoriti) Mahasiswa yang waras yang masih tinggi darjatnya sepertimana Mahasiswa sezaman dengan I4TT.

Terima kasih juga kepada adik-adik dari UIA dan UITM yang sudi memberikan pendapat.

Kepada Mahasiswa Jalanan, suka untuk I4TT berpesan disini... Fikirkanlah tindakan kamu hari ini agar tidak menyesal dikemudian hari.

Jangan kerana ketaksuban mengejar "glamour" dengan berdemonstrasi maka pengajian menjadi tidak penting lagi. Dan bila gagal atau kurang cemerlang, jangan salahkan keadaan jika peluang kerja untuk kamu tertutup dan masa depan kamu kelam dan gelap. Jangan masa muda dihabiskan sia-sia dijalanan kerana khuatir kamu akan menjadi pengemis jalanan di hari tua.

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian dah tak de gunanya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??