Thursday 22 December 2011

GEMPAR !!! HASSAN ALI TIDAK GILA PANGKAT !!!

Baru sejam I4TT online, saja nak tengok berita-berita dari sahabat-sahabat blogger yang mana terlepas. Baru bangun tidur rasa fresh bila membaca. I4TT pun buka portal-portal berita. Dan ada satu berita yang amat menarik hati I4TT untuk membaca. Bukannya apa, berita ni berkaitan dengan seorang yang amat I4TT hormati prinsip dan pendiriannya, Datuk Dr. Hassan Ali. Berita ni pun baru keluar jam 3 pagi tadi. Berikutan wawancara di TV3 juga ni. Jom ikuti berita dari Utusan Online ;



Hasan Ali tidak kisah digugurkan sebagai Exco, ADUN
Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata: “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”
"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib yang disiarkan malam tadi.
Menyentuh mengenai PAS, Anggota Dewan Undangan Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulamak yang kini hanya 35 peratus.
Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulamak sebagai barisan kepimpinan parti.
Ini adalah kerana golongan ulamak dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya.
Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja". - BERNAMA

I4TT tabik hormat kepada Hassan Ali yang tidak menggadaikan prinsip dan perjuangan. Tidak sesekali tunduk kepada kafir laknatullah demi pangkat, kuasa, nama dan harta. Anda pejuang Islam sejati...


I4TT berpendapat elok jika Hassan Ali didalam PAS bagi memperbetulkan perjuangan PAS dari dalam... Dan usahakan perpaduan Ummah semua Umat Islam dan kaum Melayu... Perpaduan PAS-UMNO...




Semoga Allah merahmati anda Datuk Dr Hassan Ali...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??