Saturday, 24 December 2011

TERKINI DARI JMM : SELAMATKAN ANAK KITA DARI PENGARUH LGBT !!!


KEMPEN PENGEDARAN RISALAH SELAMATKAN ANAK KITA DARI LGBT DAN SEKS BEBAS


JMM EDAR 3000 RISALAH SELAMATKAN ANAK KITA DARI LGBT

Sejumlah lebih 3000 risalah selamatkan anak kita dari pengaruh LGBT telah diedarkan di perkarangan Masjid Bukit Indah, Ampang, Selangor pada Jumaat, 23 Disember 2011..

Risalah menolak seks bebas itu telah diedarkan kepada kariah masjid tersebut selepas selesai solat Jumaat. Ini adalah siri jelajah yang dilakukan oleh Jaringan Melayu Malaysia untuk memdedahkan kepada masyarakat tentang anasir yang menular di kalangan umat Islam di negara ini.

Risalah tersebut diedarkan oleh Presiden JMM, Azwanddin Hamzah sendiri yang turun padang bagi menjalankan usaha murni ini. Selain daripada itu juga Pengarah Kebangsaan serta ahli JMM yang lain turut serta membantu pengedaran risalah tersebut.





Sumber : Jaringan Melayu Malaysia


I4TT bangga dengan usaha JMM yang gigih dalam menyedarkan masyarakat tentang bahayanya LGBT's. Teruskan usaha anda. I4TT dan Nadi Rakyat Malaysia sentiasa support usaha kalian. Gud job !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??