Sunday 25 December 2011

SANTAI !!! FAKTA TENTANG FACEBOOK !!!

Facebook paling banyak dicari


NEW YORK 24 Dis. - Facebook merupakan perkataan paling banyak dicari sepanjang 2011, menurut perkhidmatan pemantauan di talian, Experian Hitwise.

Ia merupakan tahun ketiga berturut-turut, jaringan sosial itu menduduki tempat pertama dalam senarai Experian Hitwise.

Carian lain yang menggunakan perkataan Facebook seperti facebook login, facebook.com dan www.facebook.com juga menduduki tempat 10 teratas, menjadikan carian berhubung Facebook sebanyak 4.42 peratus daripada keseluruhan carian.

Experian Hitwise berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding 2010.

Selain itu, perkataan youtube, craigslist, yahoo dan ebay turut menduduki senarai carian paling banyak, sementara yahoo.com pula menduduki tempat ke-10.

Perbezaan paling ketara dalam senarai adalah jaringan sosial Myspace yang berada di kedudukan kelima pada 2010, tidak tersenarai tahun ini.

Jurucakap perkhidmatan pemantauan di talian itu, Matt Tathan berkata kepada Huffington Post, Myspace merupakan perkataan paling dicari pada tiga tahun pertama apabila senarai itu mula dilancarkan pada 2006. - AGENSI


Psssstttt... menarik bukan fakta ini.. saja berkongsi untuk pengetahuan am readers I4TT...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??