Monday 26 December 2011

GEMPAR !!! HAAA.... SUDAH... BOB LOKMAN BUAT PASAL LAGI !!!

Kenapa Bob Lokman disiasat Jaip????


KUANTAN – Bok Lokman, bekas pelakon, kini terkenal sebagai penceramah bebas dalam kalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian.

Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan Jaip dan mereka dilihat berbincang di beranda masjid.

Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman, sementara jemaah menunaikan solat Isyak.

Bob Lokman dan beberapa rakannya meninggalkan masjid beberapa minit kemudian.

Sumber Jaip mengesahkan Bob Lokman diberi notis kerana disyaki menyampaikan kuliah Maghrib tanpa tauliah dan kebenaran Jaip.

Sumber itu juga memberitahu, Jaip akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang menetapkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

“Kita akan siasat perkara ini di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bob Lokman pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor kerana tidak hadir beri keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah dua bulan lalu.

Sumber : Perigi Timur


Psssttt... ni bakal ganti nabi nik ajis ni... hahaha.. adoiii la... nak jadi artis dah tak boleh cari makan... kena la menyamar dan berlakon alim... nak berlagak alim ulama tapi bengong...!

3 comments:

  1. Urm... dia cakap dia nak belajar islam pada mulanya... tapi sekarang dia dah mulai bagi ceramah...apa kelayakkan dia? lulusan dalam bidang apa? confius laaaa

    ReplyDelete
  2. Kelulusan dia.....mula-mula sekolah pondok, tamat pondok masuk UIA. Graduate uia masul universiti al-azhar...kena buang universiti sebab suka ponteng classs...asyik cipta lagu memanjang...balik malaysia jadi artis laaa....tak leh cari mkn...jadi penceramah pas...baru glemour sikit...aku rasa macam tu laaa.

    ReplyDelete
  3. aku rase dia tak bersalah.. yg bersalah ialah org yg mengajar dia jd mcm ni.. kalau betul dia belajar Islam dengan org yg betul, mesti tak jadi mcm ni punye lah~ agak2nye org dari puak mana laa tu yek yg ajar dia sampai dia berani2 bagi ceramah tanpa tauliah? ^_____^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??