Tuesday 20 December 2011

RAKAN COP : WARIS SIMATI DICARI



Info dari : Polis KL & PDRM

Mengesan waris simati bersangkut Kepong rpt : 14853/2011. 

Laporan polis telah dibuat pada 10 November 2011 yang mana ( 1 ) mayat lelaki telah ditemui di tepi longkang besar, Jalan Api-Api, Kepong Baru Kuala Lumpur. Butir-butir mangsa yang ditemui :-

Nama : Hariman Bin Hadi
Jantina : Lelaki
Bangsa : Melayu
Umur : 58 tahun 4 bulan

No. Kad Pengenalan : 530810-13-5053 (Baru)
K612331 (Lama)

Alamat di dalam Kad Pengenalan : No.193/2, Jalan Ambong
Kiri 2, Kepong Kuala Lumpur

Mangsa yang ditemui telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan siasatan awal mendapati mangsa tinggal seorang diri. Mayat kini berada di Rumah Mayat, Hospital Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga bolehlah menghubungi Sjn Azizi bin Pilus di talian 017-2476763 atau Balai Polis Kepong ditalian 03-62742222 atau Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03 – 21159999 / SMS ke 32728 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??