Friday 23 December 2011

TERKINI !!! BAYI 2 KEPALA BERKONGSI 1 BADAN SELAMAT DILAHIRKAN !!!


Wanita Brazil selamat melahirkan bayi kembar 2 kepala berkongsi badan yang sama


22/12/2011 - SEORANG wanita Brazil telah selamat melahirkan anak kembar yang melekat dengan satu badan dua kepala dengan selamat.

Maria de Nazare, 23, melahirkan bayi kembar dengan kaedah "C-section" di sebuah hospital di Anajas, di Para negeri utara Brazil. Bayi itu diberi namaEmanoel dan Jesus oleh ibunya kerana dikatakan keajaiban Krismas.

Bayi yang baru lahir itu seberat 4.6 kilogram dan berada dalam keadaan sihat, tetapi doktor mengatakan ia adalah terlalu awal untuk meramal bagaimana pertumbuhan mereka selepas itu.

Bayi itu masing-masing mempunyai otak dan saraf tunjang, tetapi merekaberkongsi semua organ-organ lain, termasuk jantung, paru-paru dan hati.

Seorang pakar Obsterik yang bertanggungjawab pada kelahiran itu, Joseph Brazil berkata: "kembar itu mempunyai selera makan yang menakjubkan".

Kata Pengarah Hospital dimana bayi itu dilahirkan: "ia adalah satu keajaiban melihat bayi kembar itu berada dalam kesihatan yang benar-benar baik dan dibenarkan peluang serta merta."

Ibu bayi itu telah dimasukkan ke Hospital Municipal de Anajas setelah mengalami kesakitan yang teruk pada awal minggu ini. Dia tidak pernah menjalani apa-apapemeriksaan ultrasound semasa kehamilan dan sedar keadaan anaknya hanya beberapa saat sebelum kelahiran bayi.

Pakar Obsterik, Dr Neila Dahas benyatakan keadaan bayi itu sedemikian disebabkan "kelewatan dalam pembahagian telur" ketika persenyawaan berlaku.

"Saya mahu dia (ibu) memahami bahawa dia tidak mempunyai seorang anak lelaki yang bersaiz besar, seorang anak lelaki dengan dua kepala, tetapi dia melahirkan dua orang anak lelaki," tambahnya lagi.

Dr Dahas menyatakan bahawa ia benar-benar mustahil untuk memisahkan dua kepala kerana mereka berkongsi hati, jantung, paru-paru dan pelvis. 

Beliau menambah bahawa salah seorang daripada bayi itu mempunyai masalah pernafasan dan memerlukan bantuan khas.

Translated from : news.com.au


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??