Thursday, 29 December 2011

WAJIB BACA !!! GOMO BERENTAP DENGAN MEDIA MALAYSIAN DIGEST ???!!!


PAPAGOMO !!! U ARE SUPERB BLOGGER !!! BERANI MEMBONGKAR SEGALA NYA !!! WAJIB BACA !!!


TERIMA KASIH PAPAGOMO ATAS PERJUANGAN ANDA BERSAMA-SAMA KAMI SELAMA INI !!!

SAYA HARGAI PERJUANGAN ANDA SAMPAI BILA-BILA !!!

AYUH KITA BONGKAR PENIPUAN PAKATAN HARAM !!!

KENAPA SAYA KATA PAPAGOMO BERANI MEMBONGKAR SEGALA NYA ???

JOM IKUTI TEMUBUAL PAPAGOMO BERSAMA MALAYSIANDIGEST !!!

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanah air, nama Papagomo memang sudah tidak asing lagi. Beliau bukanlah ahli politik, namun popularitinya di dalam arena politik negara memang tidak dapat dinafikan. Berjuang melalui ruang maya, beliau telah menggegarkan negara dengan siri pendedahan ‘panas’ yang melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang melalui blognya. Dek pendedahan-pendedahan yang dilakukannya, beliau kini dianggap sebagai salah satu musuh utama oleh pembangkang dan penyokong-penyokong mereka.

Wartawan Malaysian Digest baru-baru ini telah berkesempatan untuk bertemu dengan Papagomo dan berborak mengenai suka-duka beliau sepanjang bergelar pejuang cyber. Berikut adalah temuramah ekslusif Malaysian Digest dengan Papagomo:

Malaysian Digest: Sejak bila Papagomo bergiat dalam dunia perang cyber ini?

Papagomo: Saya bermula dari 2007 sebagai pengomen tegar dalam blog Anwar Ibrahim menggunakan nama tiger Malaya. 2008 baru saya start blog.Macam-macam suka-duka dalam dunia blogging ini. Ia bukan semudah yang disangka. Niat kami blogging adalah untuk membantu kerajaan Umno/Barisan Nasional demi agama, bangsa dan negara untuk mematikan langkah pembangkang.

MD: Menjadi blogger tidak semudah yang disangka? Boleh ulas sedikit?

PG: Macam-macam cabaran yang kami terima sejak bergelar blogger. Contohnya kami disisihkan oleh blogger yang kononnya ‘elite’. Kita faham blogger zaman Pak Lah cukup hebat, tapi ironinya sekarang ini selepas era 2008, yang kuasai perang cyber adalah street blogger yang mana pembaca terdiri dari semua peringkat sebab kita menulis tanpa protokol, ikut kebebasan bersuara dan blogger elite kena terima hakikat bahawa sekarang adalah zaman street blogger di mana artikel kita tak semestinya memerlukan penulisan yang baik, tapi ayat mudah difahami supaya lebih dekat dengan pembaca.

Kita blogger jalanan bukan seperti blogger pembangkang dan saya ingin tegaskan di sini yang kami tidak dibayar untuk menulis. Kita juga bukan ‘kaki pau’ macam blogger pembangkang yang buat artikel hentam, pergi jumpa minta duit untuk setel. Kita tak pernah buat begitu dan kita tidak pernah setel pon. Saya sendiri tidak pernah tarik semula artikel yang sudah saya post kerana pada saya ini bukan masalah duit, ianya tentang apa yang saya ingin luahkan. Jadi duka itu sebenarnya lebih banyak daripada suka. Ini termasuklah ugutan yang diterima. Kami street blogger ini juga sebenarnya tidak dapat sebarang bajet. Kami keluarkan bajet kami sendiri. Ada satu kumpulan dalam Umno yang dipanggil Unit Media Baru Umno (UMB) yang dapat peruntukan yang besar. Tapi jika dilihat dari segi impak, pada saya kumpulan street blogger seperti saya yang lebih memberikan impak. Tapi kami sedikit kecewa kerana perkara-perkara seperti ini ramai pemimpin yang tidak hargai. Batul ada yang hargai, tapi masih ramai yang tidak nampak lagi. Masih ada pemimpin Umno yang kata media baru tidak mendatangkan impak besar dan tidak diperlukan. Tapi mereka tidak tahu yang kami mempunyai readers sebanyak 50-60 ribu sehari. Dan harus diingat bahawa pada 2008, pembangkang hebat kerana media baru mereka.

MD: Boleh ulas sedikit tentang ugutan yang diterima?

PG: Soal ugutan ni sebenarnya dah lama berlaku. Sejak 2008 lagi. Tapi ianya mula ketara tahun ni apabila saya mencetuskan beberapa isu. Kes pertama adalah apabila saya mendedahkan cerita tentang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selinsing yang ditangkap khalwat. Dalam kes ini saya ada mendapat ugutan ada orang nak ‘kutip’ saya. Selain itu, video seks ketua pembangkang yang saya keluarkan juga telah menjemput pelbagai ugutan ke atas saya.

MD: Berbicara soal ancaman, apakah bentuk ancaman yang Papagomo terima?

PG: Ancaman yang selalu saya terima adalah melalui Facebook, Twitter, panggilan telefon pon ada. Tapi saya tak ambil port sangat kerana pada saya orang yang ugut-ugut ni bodoh yang mana dia tak nampak bahawa ini adalah pertarungan politik. Kalau nak bertarung, bertarung secara politik. Contohnya saya ada video Anwar, mereka keluarkanlah pula video pemimpin BN, kita lawan. Sekarang ni bullet ada pada kami, mereka kena carilah bullet untuk lawan. Tapi masalahnya mereka ni selalunya tiada bullet yang betul, semuanya fitnah. Yang kami keluarkan semuanya mempunyai evidence yang kuat.

MD: Tak takut dengan ugutan yang diterima?

PG: Saya tak gentar pun. Ini kerana ugutan yang saya terima tu sekadar ugutan sahaja. Bagi saya ugutan-ugutan yang saya terima menunjukkan yang pihak tertentu takut dengan kebenaran yang saya dan rakan-rakan blogger yang lain sampaikan.

MD: Tak terfikir untuk membuat laporan polis terhadap ugutan-ugutan yang diterima?

PG: Kami (blogger pro BN) tidak hiraukan ancaman. Kami bukan macam pembangkang yang sikit-sikit buat laporan polis. Tapi dalam masa yang sama mereka yang paling anti polis. Kami tidak buat laporan, kami ignore (ugutan) kerana ianya nothing pada kami.

MD: Baru-baru ini aktivis politik, Amin Iskandar ada membuat laporan polis terhadap Papagomo. Boleh komen sikit?

PG: Dia (Amin) buat laporan polis kononnya saya menyekat kebebasan bersuara kerana mempertikaikan artikel yang beliau buat tentang Datuk Razali Ibrahim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan). Hakikatnya, beliau (Amin) mengkritik lebih dahsyat dari apa yang saya buat. Dia mengkritik perkara yang benar. Berdasarkan penulisannya, dia cuba memperbodohkan dirinya dengan mengiyakan apa yang (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) katakan. Apa yang Razali katakan itu benar. Yang memburuk-burukkan negara bukan Barisan Nasional (BN), pembangkang yang buat. Hal itu terbukti. Kita ada video di mana Anwar pergi ke luar negara dan memburuk-burukkan Malaysia.

Jadi bila dia buat report polis, bagi saya mudah, satu dia gila glamor, dua dia memang dibayar oleh Chegubard. Kerana kalau nak ikut kronologi, dua minggu sdebelum dia buat report tersebut, saya ada post di Twitter kepada budak-budak Chegubard bahawa video dia akan dikeluarkan. Dan video Chegubard ni dia cukup takut sebab karier die dalam PKR akan mati. Ada yang datang jumpa saya minta setel, pada saya ini bukan masalah settle atau tak settle, ini perjuangan yang saya buat. Saya tak pernah dapat duit satu sen pon. Saya hanya mengambil tanggungjawab menjadi ‘anchor’. Kalau bukan saya siapa lagi nak buat?

MD: Tak risau ke laporan polis yang banyak ke atas Papagomo?

PG: Biarlah saya jadi kambing hitam, yang penting rakyat sedar tentang kebenaran. Tentang siapa itu Anwar, apa yang pembangkang buat, sedar yang mereka sudah ditipu. Jadi laporan polis saya tak tau da berapa banyak. Pada saya ia bukan masalah dan saya sendiri sudah disoal siasat oleh SKMM dan PDRM. Sudah lebih 10 soal siasat setakat ini. Dan dalam soal siasat saya tiada kesalahan pon. Kalau betul ada salah, pembangkang perlu dakwa saya di mahkamah dan saya sanggup berdepan mahkamah.

MD: Tidakkah Papagomo pernah berasa tertekan dengan situasi sekarang?

PG: Tekanan ada, tapi saya bersyukur kerana ramai rakan-rakan seperjuangan seperti blogger Parpukari, Gerakan Anti PKR (GAP), Ruang Bicara Faisal (RBF Online), Medan Info Kita, Darul Ehsan Today, Gelombang Rakyat,Gelombang Wangsa Maju dan ramai lagi yang sealiran yang memberi semangat sebab mereka tahu yang saya sudah mendatangkan ketakutan kepada pembangkang sebagaimana Raja Petra mendatangkan ketakutan kepada BN. Apa pun yang berlaku saya akan terus ke hadapan dan berjuang habis-habisan. Risiko memang ada, tapi saya tidak peduli kerana kita hidup hanya sekali. Cuma kadang-kadang ada terfikir tentang keselamatan keluarga. Inilah masalah yang kami (blogger pro-BN) hadapi. Tapi ini juga membuktikan bahawa pembangkang lebih jahat dari BN sebab kita tidak pernah ugut mereka seperti yang mereka lakukan kepada kami. Bermakna mereka sebenarnya takut dengan kebenaran yang kita bawa. Inilah kebebasan yang kita buat.

Kebebasan dari segi...?

Kalau kita tengok kebebasan blogger pro BN, pemimpin BN salah kita tegur, tak pernah kita tak tegur. Tapi blogger pro pembangkang, mereka bukan sahaja tidak tegur pemimpin mereka yang buat silap, malah menafikannya walhal mereka tahu ia benar.

MD: Pernah tak terfikir untuk berhenti dari menulis blog?

PG: Saya akui pernah terfikir untuk stop. Tapi tak boleh kerana matlamat kami menulis blog adalah kerana pembangkang. Dan di kalangan kami adalah mereka-mereka yang dahulunya adalah penyokong kuat PKR. Mereka ini tidak masuk Umno pon, tapi mereka berjuang menyokong kerajaan.

MD: Bagaimana penerimaan keluarga?

PG: (Gelak) Hari-hari kena bebel. Mak saya di kampung selalu telefon, risaukan saya. Jadi ketakutan kepada keluarga terutamanya isteri saya. Saya juga ada anak. Satu lagi cabaran adalah isteri saya berketurunan Cina, jadi kadang-kadang bila bersembang tentang politik, Chinese is still Chinese, tapi kita kena tegarlah.

MD: Boleh kongsi apa masalah sebenar Papagomo dengan UMB?

PG: Sebenarnya kami tidak mempunyai masalah dengan UMB, masalah kami adalah dengan pengerusinya, Tun Faisal. Tertubuhnya UMB adalah bersama kami blogger-blogger sealiran dengan saya di Putrajaya, boleh minta Tun Faisal sahkan perkara ini. Kami menjadi ahli UMB sebab kami sokong Umno. Tapi masalahnya adalah kalau pemimpin tinggi boleh dengar cakap blogger, kenapa Tun Faisal ni susah nak dengar cakap kami?

Beliau harus ingat iaitu di dalam perang media baru ini biar kami yang berperang keluarkan idea. Kami tahu anda adalah pemimpin, politik sana sini tapi dalam scope perang media baru, anda tidak bijak. Jadi dengar cakap orang yang pandai dalam media baru. Ini masalah Tun Faisal, bukan masalah UMB. Kami berkawan dengan blogger UMB. Yang kita ada masalah adalah dengan Tun Faisal. Andai kata beliau step down sebagai pengerusi UMB, individu yang ambil alih jawatannya boleh bekerjasama dengan kami, tiada masalah. Kami sedia bekerjasama. Dan jika benar saya jahat, da tentu sahabat-sahabat seperti Parpukari, Gerakan Anti PKR (GAP), Ruang Bicara Faisal (RBF Online), Medan Info Kita, Darul Ehsan Today, Gelombang Rakyat, Gelombang Wangsa Maju dan ramai lagi yang sealiran akan hentam saya. Tapi ini tidak berlaku.Pada saya, isu dengan Tun Faisal ini memang takkan selesai kerana dia terlalu ego. Dengan Tun Faisal ni memang tiada maaf bagimu. Kalau menteri boleh dengar cakap kami, apalah sangat dia tu.

MD: Tidak risaukah satu hari nanti Papagomo akan dianggap sebagai liabiliti kepada Umno?

PG: Ini sebenarnya yang diinginkan oleh pembangkang, ‘Papagomo adalah liabiliti pada Umno’, ‘Papagomo yang rosakkan Umno’, pembangkang memainkan semua ini sebab dia takut apa yang ada pada Papagomo dan rakan-rakan memberikan impak yang cukup besar kepada mereka.

Selain itu Umno juga harus ingat, kerana perjuangan berterusan kami blogger jalanan ini, banyak isu yang kita bongkarkan.Contohnya fitnah ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kami yang menjawab dulu, bukan pemimpin Umno. Datuk Seri Rais Yatim punya isu, kami yang pergi jumpa beliau dan mendapatkan orang gajinya yang sebenar. Kalau Umno nak anggap saya liabiliti pon tak mengapa kerana saya bukan dibayar oleh mereka pon. Blog itu blog saya. Saya tiada tauke, kami blogger jalanan tiada tauke. Kita sokong kerajaan. Dan saya ingin tegaskan di sini, walau siapapun yang suruh kami tutup blog, kami takkan tutup kerana itu blog kami. Kami bukannya dibayar.

MD: Sampai bila Papagomo akan terus berjuang?

PG: Saya bermula kerana Anwar, saya menentang ideologi yang beliau bawa. Andai kata beliau dipenjarakan sekalipun, perjuangan saya masih belum habis kerana masalah utama adalah ideologi beliau. Itu yang harus dihapuskan. Beliau ini sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan ideologinya ramai orang ambil, PAS, DAP, dua-dua menggunakan ideologi Anwar Ibrahim. Perjuangan menentang ideologinya harus ditentang habis-habisan kerana ia mendatangkan mudarat pada agama bangsa dan negara. Selagi ideologinya ada, selagi itu Papagomo akan ada. Saya akan berjuang sampai mati.

Sumber : Badut Rakyat


Pssstttt.... Lu memang terbaik der....!!!!

1 comment:

  1. SAYA SUKA NAMA PENJARAJAYA INI. DESTINASI AL-JUBURI IALAH PENJARAJAYA. TAHNIAH.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??