Sunday 18 December 2011

WAJIB BACA !!! 30 FAKTA BERKAITAN NFC YANG DISEMBUNYIKAN PEMBANGKANG !!!


30 perkara berkaitan NFC yang cuba ditutup pembangkang dari pengetahuan umum !!!




  1. Memandangkan ia adalah satu jenis pinjaman maka ia perlulah di bayar balik, dan bukannya duit 'percuma' walaupun ia adalah di berikan kepada syarikat suami seorang menteri
  2. Pinjaman itu adalah duit negara, tiada gangguan pemberian gaji atau pemotongan subsidi yang berlaku semata-mata hendak memberikan pinjaman tersebut.
  3. Syarikat tersebut sebenarnya telah mengambil alih projek tersebut daripada Group Lambert yang telah gagal.
  4. Syarikat yang telah diberi pinjaman perlu membayar balik kepada kerajaan, sebagaimana jika kita berhutang, wajib membayar balik kepada penghutang.
  5. Berkenaan dengan kondo: semasa pembelian, kondo itu berharga 10 juta sahaja, ia merupakan aset syarikat yg juga merupakan pelaburan syarikat. Ia bukan milik individu. Dan kini nilainya sudah meningkat.
  6. Pinjaman yang diberikan itu bukan berdasarkan faktor siapa pemiliknya, atau pun pemilik tersebut merupakan suami seorang menteri, ia diberikan atas fakta dan faktor komersial dan kekuatan akaun dan proposal. Segala dokumen juga perlulah lengkap. Kerana Kerajaan mahu memastikan syarikat tersebut benar-benar layak, jika tidak bagaimna kerajaan dapat memastikan bahawa pinjaman tersebut akan dapat dibayar balik.
  7. Bukan semua syarikat layak untuk mendapatkan pinjaman daripada kerajaan, syarikat yg benar-benar kukuh sahaja yang akan terima pinjaman tersebut.
  8. Setiap pinjaman mestilah berdasarkan aliran tunainya (cash flow), aset syarikatnya dan kekuatan aliran tunai tersebut. Ia bukan boleh di buat sesuka hati dan bukan juga di berikan atas alasan isteri pemilik syarikat tersebut adalah seorang menteri.
  9. RM 250 Juta itu bukan sahaja utk lembu, ia termasuk juga kos pembaikan infrastrukturnya yang telah rosak semasa banjir, rumah penyembelihan komersial bertaraf antarabangsa, benih lembu, kos operasi dan kos-kos lain termasuk 'marketing'nya. Adalah sia-sia suatu produk telah ada tetapi tiada tempat untuk dipasarkan. Namun pihak pengurusan syarikat telah dapat menembusi beberapa pasaran untuk daging lembu NFC.
  10. NFC adalah satu projek ternakan komersial besar-besaran dan mempunyai piawaian standard dunia, dan lembu yang diternak bukan baka lembu tempatan. Ia adalah baka lembu komersial dan lembu yang dibeli bukan 5-6 ekor tetapi 1500 ekor.
  11. Didalam kes NFC, semua pelaburan syarikat adalah sah, pinjaman tersebut juga sah dan tiada unsur penipuan dalam mendapatkan pinjaman, dan semua pelaburan syarikat termasuk pembelian hartanah kondo dan tanah adalah sah mengikut undang-undang SSM.
  12. Pinjaman daripada dana kerajaan tidak sama dgn loan daripada sektor komersial seperti bank komersial ataupun bank pembangunan. Nilai bayaran balik dengan bunga terendah, ia adalah utk memacukan projek tersebut, dan dalam setiap pinjaman akan ditulis interest 2% + cost of fund, dan dalam kes NFC ialah 8%.
  13. Syarikat NFC tu diambilalih oleh suami menteri tersebut daripada syarikat asal iaitu Lambert Group dan pinjman tahun 2009 itu bukanlah pinjaman tetapi adalah suntikan dana daripada pemegamg saham pihak kerajaan dan pada tahun 2010 selepas pengambilalihan syarikat itu, perjanjian utk pinjaman baru dibuat.
  14. Pihak kerajaan dan kementerian tidak boleh keluarkan duit beri pinjaman tanpa ada perjanjian dengan sesiapa pun, dan jika itu berlaku, pihak pembangkang boleh membuat laporan polis kerana itu adalah kes pecah amanah CBT section 420 dan section 421, dan kes itu boleh di bawa ke mahkamah.
  15. Jika benar kes tersebut adalah satu penyelewengan, Rafizi dan sekutunya yang konon telah 'dedah siasat' isu tersebut sepatutnya melaporkannya kepada pihak polis, sekiranya mereka BENAR. Mustahil mereka tidak mendapat sebarang khidmat nasihat guaman utk 'mengenakan' pemilik syarikat ini sedangkan bar council begitu rapat dengan mereka dan dalam PR sndiri begitu banyak peguam termasuk sivarasa peguam yang 'tersohor' memperjuangkan hak juga berada dalam PKR.
  16. Dalam projek ini, suntikan dana adalah daripada kerajaan, yang membuat pinjaman adalah syarikat NFC dan pemegang saham NFC termasuk kerajaan. Untuk memastikan projek ini berjalan lancar maka kerajaan membuat suntikan dana bagi pelaburan mereka.
  17. Manakala pemegang saham bukan kerajaan dalam syarikat tersebut adalah syarikat keluarga menteri terbabit, dan mereka yang membuat pinjaman serta telah mencagarkan saham dan beberapa aset mereka bagi tujuan tersebut.
  18. Setiap projek nasional wajib disertai oleh kerajaan, dan suntikan modal kerajaan selalunya dalam bentuk aset, kawasan tanah dan tunai tertentu.
  19. Penglibatan kerajaan diperlukan untuk projek seperti ini kerana sektor pembekalan makanan tidak boleh diswastakan sepenuhnya untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.
  20. Projek seperti ini bukan saja bernilai dari segi komersial, tetapi ia sangat bernilai dari segi pembekalan daging/makanan negara, dengan adanya NFC pergantungan negara kepada daging import dapat di turunkan.
  21. Dana itu untuk projek ternakan lembu dan semua infra dan kemudahannya.
  22. Kondo itu adalah untuk kepentingan pelanggan syarikat dan mereka yang berurusan dengan syarikat, daripada syarikat menyewa untuk pelanggan mereka ataupun pihak yang berurusan dengan mereka dimana dalam hal ini kita tahu bahwa ia melibatkan pihak daripada antarbangsa.
  23. Ia merupakan amalan biasa syarikat korporat untuk memiliki aset seperti ini, bagi penjimatan kos hotel, dan kos penginapan untuk mereka yang berurusan dengan mereka. Aset seperti ini juga mendatangkan nilai keuntungan serta dapat menguatkan lagi nilai aset syarikat bagi syarikat tersebut untuk menjalankan projek-projek lain di masa akan datang terutamanya dengan syarikat lain yang bertaraf antarabngsa.
  24. Dana RM 250 juta itu termasuk segala kos untuk syarikat termasuk penyediaan premis untuk pelanggan mereka dan pinjaman tersebut tidak terhad kpd aktiviti membela lembu sahaja ia termasuk pelbagai keperluan sebuah syarikat korporat.
  25. NFC ialah syarikat membabitkan pembekalan negara dan bukan sembarangan syarikat.
  26. Jika pembelian kondo itu tidak sah oleh syarikat dan ia satu penyelewengan, dakwalah mereka dengan undang-undang, tapi dalam hal ini, undang-undang tak boleh dakwa mereka kerana itu adalah pelaburan syarikat, dan pelaburan condo itu menguntungkan.
  27. Operator pengeluaran lembu juga berurusan korporat, bukan setakat membela lembu. Ini adalah projek piawaian antarabangsa, dan sistem ternakannya bukan seperti membela lembu di kampung.
  28. Jika benar laporan Rafizi diharap ia akan disiasat dan dilaporkan. Mengikut kelaziman, tak semudah itu wang yang didebitkan masuk ke dalam akaun syarikat sebelum pengkajian pinjaman dibuat.
  29. Suntikan dana drp kerajaan pula perlu ada kelulusan daripada lembaga pengarah dan jawatan kuasa pelaburan daripada kementerian terbabit.
  30. Didalam sesuatu perniagaan, pelaburan adalah digalakkan dalam bentuk aset bagi persediaan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka didalam perniagaan.



Pssssttt... orang pakatan haram jadah tak ada yang jadi korporat kot.. semua keparat je.. kesian ada punaisihat ekonomi tapi tak reti bab perniagaaan komersial... yang punaisihat tu tau hanya la "kome sial"...

1 comment:

  1. Ko tulis la apa pun sebab rakyat (kecualia UMNOgok) dah menyampah dah dengan UMNO.. NFC tetap salah.. Kalau tak masakan Bung Mokhtar dan Tuan Syed AlHabshi desak Sharixat letak jawatan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??